Friday, February 6, 2009

Apreasiasi karya Faridah Mohd Yusof

Sudah lama penulis tidak melihat karya terbaru Faridah. Sejak pencen dan meninggalkan UiTM Perak khabarnya beliau tidak lagi melibatkan diri dalam penghasilan karya seramik. Boleh jadi timbunan karya beliau yang memenuhi rak setor membuatkan beliau berehat untuk mengubah karya baru. Dalam pameran solo beliau 2006 lalu di Galeri Uitm Perak, Syed Ahmad Jamal menobatkan faridah sebagai Seniman Negara (pengiktirafan lisannya). Keunikan dan kehalusan Faridah mengubah tanah liat menjadi sebuah demi sebuah arca telah memukau pandangan mata dan hati Syed Ahmad Jamal sebagai perasmi pameran tersebut. Secara jujurnya SAJ menyatakan bahawa Faridah adalah antara satu-satunya anugerah penggubah seni seramik yang hebat. Kehalusan, kerapian, kesabaran dan keunikan hasil kerjanya menyebabkan karyanya tercipta dari keluhuran naluri seorang ibu tunggal. Seorang ibu tunggal yang menjadi ayah, ibu, atuk dan tok wan menyimpan segala duka dan gelora hidupnya didalam titik-titik tanah liat yang disusun dari satu titik kepuluhan titik menjadi satu gelung kecil, lalu gelung kecil tersebut di ulang-ulangkan lagi menjadi ribuan titik sehinggalan membentuk gerakan modular yang dicantum sehingga membentuk arca seramik yang sangat dinamik. Kalau di Jepun Karya Faridah sudah tentu diletakan di Muzium Seramik Antarabansa Mino, dimana tempat berhimpunnya karya -karya seramik unik sedunia. Sayangnya disini (Malaysia) karya beliau masih banyak tersimpan di setor rumahnya. Hasil tinggi kesenian karyanya apabila dimamah sejarah, mungkin suatu hari nanti baru akan dinialai, seperti mana karya-karya warisan Melayu lampau.

1 comment:

a said...

mungkin di Malaysia seni seramik masih lagi tidak diminati walaupun ianya telah bertapak di Malaysia sekian lama..`