Sunday, December 7, 2014

Daud Rahim II : Jiwa dan New Generation

Padahal jarak studio aku dengan studio Daud Rahim cuma 8 km sahaja. Tetapi aku tidak dapat menulis tentang studio beliau. Jadinya aku minta Daud emailkan gambar lukisan terbarunya. Melalui karyanya Jiwa, Daud menonjolkan rangka manusia dalam posisi separuh badan, dalam kedudukan mendepa. Rangka manusia menggunakan warna nuetral hitam putih, yang menggunakan low key, dikontraskan dengan latar belakang berwarna-warni, adalah garapan beliau tentang kehidupan di dunia ini  yang penuh warna-warni. Pada bahagian latarbelakang juga terdapat rangka manusia disebelah kiri, serta rangka kaki dibahagian kanan karya. Menggunakan ruang cetek Daud memenuhi pada bahagian rangka manusia dilatar belakang dengan lukisan enjin. Begitu juga dengan rangka manusia putih di latar hadapan.

Kehidupan manusia yang penuh warna-warni dan imej injin adalah kiasan Daud terhadap manusia yang terlalu sibuk mencipta alat bantuan kehidupan untuk mengemudi dunia. Dunia dilayari penuh kelekaan, kegembiraan. Seperti mana Allah berfirman " Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang berkurangan),juga bermegah-megah diantara kamu  (dengan kelebihan, kekuatan dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba memperbanyakan harta benda dan anak pinak......" Surah Al Hadid Ayat 57

Kehidupan yang penuh warna-warni tersebut di kontrakan denga rangka manusia pada bahagian latar hadapan, menggambarkan tentang kematian. Lakaran injin didalam rangka putih memberi amaran tentang kematian yang mungkin sia-sia kerana terlalu leka dengan kemanisan dan hiburan dunia.

Jiwa : Pensil Warna : 2014

Dalam New Generation, Daud melontarkan kebimbangannya terhadap generasi baru yang bakal dilahirkan. Dua janin yang dipenuhi dengan lakaran kereta dan bahagian injin, adalah kebimbangan Daud terhadap anak-anak pewaris pimpinan yang akan datang.Pewaris bumi yang mementingkan kehidupan dunia merupakan satu malapetaka, kerana kehidupan dunia ini hanyalah sementara. Manusia perlu mengimbangi diantara keperluan dunia dan keperluan akhirat.

New generation: Pensil Warna : 2014

Thursday, December 4, 2014

Studio Gunung Raya II : Rumah Menara


Alhamdulillah, November 2014 sampai juga aku ke Studio Gunung Raya. Aku telah menulis artikel tentang studio Gunung Raya semasa proses pembinaannya kira-kira lima tahun yang lampau. Seorang sahabat yang telah bersara memilih untuk tinggal jauh dari kota Shah Alam. Kaki Gunung raya merupakan tempat beliau menganyam mimpinya. Disini Mohd Tajali membina sebuah teratak yang berkonsepkan outside inside . Studio Gunung Raya yang dikenali sebagai rumah menara, merupakan garapan idea bersama juruarkitek Rosle Dimyati, menampilkan rekaan pelik ala wakaf.


Menara tiga tingkat yang didirikan ditebing bukit Gunung Raya terus kukuh, gagah bersama alam di sekitarnya.Suasana fauna flora dan kicauan burung dan katak telah menjadikan teratak ini sangat damai.Damai dengan nyanyian alam, Damai dengan kesegaran udara, Damai dengan aliran oksigen.



Di tingkat bawah aku disambut dengan sebuah arca yang diukir sendiri oleh Tajali. Bersama Pajeronya beliau memungut bongkah-bongkah kayu untuk dijadikan arca dan juga perabut.




Kalau tidak mengukir beliau bertukang. Beberapa modul bilik tambahan dibuat oleh beliau sendiri dengan sedikit bantuan asas dari tukang.





Sebuah kolam di bina untuk menyerikan lagi rumah menara. Elemen air merupakan antara elemen penting untuk menyejukan pandangan.



Pada bahagian ruang dalaman rumah menara, Tajali membiarkan suasana terbuka supaya aliran udara segar bebas masuk dan keluar


Tajali di temani oleh isterinya Kak Norma yang juga merupakan bekas guru lukisan. Mereka berdua bebas berkarya  di Studio Gunung Raya. Masing-masing mengukir dan menganyam mimpi menjadi realiti.




Pada suasana malamnya aku disambut oleh nyayian sang katak dan cengkerik. Ditambahi dengan lampu neon di taman menyebabkan aku menjadi kelu. Suasana damai desa benar-benar mengujakan. Sesekali Tajali letih mengukir arca, membuat perabut, bertukang beliau melukis. Namun beliau tidak melukis dengan kuantiti yang banyak. Kenapa engkau kurang melukis, tanya ku. Jawabnya ringkas aku duduk didalam lukisan alam yang besar buat apa aku melukis banyak-banyak. Betul juga di kota orang sibuk mengisi rumah dengan lukisan alam misalnya, kerana inginkan suasana alam. Namun disini Tajali terus berada didalam lukisan Alam yang telah di lukis oleh Allah.Jadinya buat apa lagi , sambil mengetuk pahat, sambil  membuat perabut, sambil melukis dan sambil menikmati kehidupan persaraan, sambil memuji Allah, sambil berzikir kepada yang Esa itulah laluan yang sangat mendamaikan. Moga-moga dirahmati Allah, dan berbahgia hendaknya kepada sahabat ku 






Ini antara beberapa gambar lukisan alam yang Allah lukiskan, rakaman gambar yang dikongsikan kepada aku oleh Tajali dan Kak Norma. Diwaktu pagi dan petang dengan keizinan Allah Tajali dan Kak Norma dapat menikmati pemandangan bahagia detik-detik indah lukisan Allah yang Allah ciptakan sebagai gambaran tanda-tanda kebesaraNya  Sepertimana Al Quran, Surah Sad: 38, ayat 18 " Sesungguhnya kami telah menundukkan gunung-ganang turut bertasbih memuji kami bersama-sama dengannya pada waktu petang dan ketika terbit matahari". Allah Yang Maha Besar, Segala puji-pujian bagiNya