Friday, November 21, 2008

Biodata Zainon Abdullah

AWARDS
: Honourable Mention, Philip Morris, Malaysia.
: Second Award, Sand Sculpture Competition, Hong Kong
: Semi Final for 3rd oita, Public Sculpture, Japan
: Consolation prize, Drawing Competition, Shah Alam Gallery
: Young Lecturer Scholarship, Universiti Teknologi Mara
: Consolation prize, Formula Malaysia
: Artis in Resident at Nagoya Univercity of Art Japan

EXHIBITIONS
2017
:Ambiguity, Galeri Prima, NSTP kuala Lumpur

2016
: Suararasa V. Segaris Art Centre, Publika, Kuala Lumpur
:Pameran Shah Alam Biennale, Tapak, Shah Alam
:Pameran amal 7, Teratak Nur, Shah Alam
:Al kesah. Ismail Zain. Galeri Petronas, Klcc Kuala Lumpur
:Alam. Galeri Tapak, Shah Alam
:7ujuh, Art Squere Gallery, Kuala Lumpur

2015
: Suararasa IV. Segaris Art Centre, Publika, Kuala Lumpur
:Ilham IV, Tapak, Shah Alam

2014
: KamiBukaMinda, Galeri Al Biruni, FSSR UiTM Perak

2013
: Cherishes Memories: Galeri Pelita Hati, Kuala Lumpur

2012
: The 9th Asia Fiber Art (AFA),Ulsan, Korea Selatan
: Transit A4, Galeri HOM, Ampang, Selangor
: Kami Respon, Galeri Al Biruni, Fssr, Uitm Perak
: Sabung Santai, Pelita Hati Gallery, Kuala Lumpur
: Pameran Terbuka, G13 Gallery, Kuala Lumpur
: Earth, Puncak Gallery, Shah Alam

2011
: Kawan, Pelita Hati Gallery, Kuala Lumpur
: Asian Fiber Art, Galeri Uitm Perak, Perak
: From Perak With Art, Pace Gallery, Kuala Lumpur

2010
: Kepada Mu Kekasih, Balai Seni Lukis Negara
: Art Triangle, Balai Seni Lukis Negara
: Mixed Hanging, Galeri Hom. Ampang, Selangor

2009
: Pameran Amal Palestin , Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur
: Pameran Ilham, Galeri Midf, Kuala Lumpur
: Pameran 2d to 3d, Galeri Pelita Hati, Kuala Lumpur
: Pameran Ilham 3 (Arca), Pelita Hati, Kuala Lumpur
: Virus 15 , NN Galeri , Kuala Lumpur

2008
: Pameran Serangkai Rupa. Galeri Tuanku Nur Zahirah, UiTM Shah Alam. Selangor
: Pameran “Legacy For The Future”, Galeri Sumarjo, ITB, Bandung, Indonesia

2007
: Pameran Kami 3 Bota – Pulau Pinang, Paras bawah, Dewan Sri Pinang
Lebuh Light, Pulau Pinang
: Pameran Biasan Fssr, Galeri Uitm Perak, Bandar Seri Iskandar, Perak

2006
:Pameran Muhibah Malaysia Brunai, Brunai World Trade Center,
Brunai Darulsalam
:Malaysian Poland International Painting Workshop, Galeri Seni UiTM Shah Alam, Shah Alam ,Selangor
:Kembara Tiga : Bota-Nagoya, Gallery be Nagoya Unoversity of Art, Nagoya, Japan

2005
: Malaysia-Japan Art Exchange Program 2005 (Universiti Teknologi Mara and Nagoya Univercity of Art, Japan), Galeri Seni UiTM, Seri Iskandar Perak Malaysia
: Perolehan Terkini 2004 : Balai SeniLukis Negara. Kuala Lumpur
: Koleksi Seni Petronas Siri 3, Petronas Galeri, Klcc Kuala Lumpur

2004
: Pameran bergerak Philip Morris, Galeri Seni Fssr Uitm Shah Alam:
Pameran Kami 2, Galeri Shah Alam, Persiaran Tasek Shah Alam
: Solo Exhibition, “ HIJRAH”, Galeri Balai Berita NSTP, Kuala Lumpur

2003
: Philip Morris Art Award, National Art Gallery, Kuala Lumpur
: Kami Show, Foyer Fssr, Uitm Cawangan Perak, Sri Iskandar

2002
: Language in common, Tangsi Gallery, Kuala Lumpur

2001
: PRIDEA, Solo exhibition, FSSR Art Gallery, UITM, Shah Alam
: 19892001, Solo Exhibition, Shah Alam Gallery, Shah Alam
: Internal Dailoque, Solo exhibition, Tangsi Gallery, Kuala Lumpur
: Pameran Jemputan bersemuka dengan adegan, Gallery Petronas,
Kuala Lumpur
: Pameran Terbuka, Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur

2000
: Islamic Art Exhibition, National Museum, Kuala Lumpur
: TANDA, Group Exhibition, Tangsi Gallery, Kuala Lumpur
: UNTITLE, Exhibition, Shah Alam Gallery, Shah Alam
: Open Show, Shah Alam Gallery, Shah Alam
: Simply Red, Tangsi Gallery, Kuala Lumpur
: Invited at "Suzlee Ibrahim" Solo Exhibition, City Gallery, Liecester, U.K

1999
: Open Show' 99, Shah Alam Gallery, Shah Alam
: MA Show, Faculty of Art and Design Gallery, Shah Alam
: Aspirasi 2000, Lima Exhibition, Langkawi, Kedah
: Malaysian Perspective, Group Exhibition, Hotbath Art Gallery,
Bath, U.K
: Malaysian Perspective, Group Exhibition, Pittville Art Gallery, Cheltenham, U.K

1998
: Life Drawing Exhibition, The Artists Space Gallery, Concord Hotel
Shah Alam
: Apa? Siapa? Kenapa? Exhibition, Setiawangsa, Kuala Lumpur
: Imajan Sukan, Galeri Shah Alam
: Islamic Art Exhibition, Maybank Art Gallery, Kuala Lumpur

1997
: Malaysian Drawing Exhibition, National Art Gallery, Kuala Lumpur

1996
:Drawing Exhibition, School of Art and Design Gallery, Shah Alam
: Malaysian Contemporary Sculpture Show, National Art Gallery,
Kuala Lumpur
: Group Show, De Monfort University, Leicester, U.K
: Group Show, Mas Building, London, U.K

1995
: Lembaran 1995, PPM Show, Petronas Gallery, Kuala Lumpur
: Philip Moris Show, National Art Gallery, Kuala Lumpur
: Art and Spiritual Show, National Art Gallery, Kuala Lumpur
: Foundation Staff Show, Shah Alam Gallery, Shah Alam
: Faculty Show, Petronas Gallery, Kuala Lumpur

1994
: Kesenian Masyarakat Nelayan, Shah Alam Gallery, KualaLumpur

1993
: Sedetik Suatu Inspirasi, Creative Center, National Art Gallery,
Kuala Lumpur
: Ilham Exhibition, Petronas Gallery, Kuala Lumpur

1990
: 32 nd Show, Kohdo Bijutu, Nagoya City, Japan

1989
: National Open Show, National Art Gallery, Kuala Lumpur
: Group Sculpture Show, FSSR, UITM, Shah Alam
: Diploma Show, FSSR, UITM, Shah Alam

1988
: Perdana 3 Exhibition, National Art Gallery, Kuala Lumpur
: Anti Nuclear Exhibition, City Hall, Kuala Lumpur
: Opening Gallery Exhibition, Art and Design Gallery,UITM
: International Sand Sculpture Competition, Sai Kong Beach, Hong Kong

1987
: Sketches Exhibition, Daya Bumi, Kuala Lumpur
: Lanscape Exhibition, Sarawak Museum, Kucing
: Pahang Inspiration, PPM show, Australia High Commision
: Landscape Exhibition, Sabah Gallery, Kota Kinabalu
: Generasi Exhibition, Mini Malaysia , Melaka.
: Kedah Colour, Kedah Gallery, Alor Star, Kedah


Biodata Pendek

Solo


  • 2004: HIJRAH,Galeri Balai berita NSTP Kuala Lumpur

  • 2001: PRIDEA, Galeri FSSR UiTM Shah Alam

  • : 19892001, Galeri Shah Alam

  • : Internal Dailogue, Galeri Tangsi

International


  • The 9th Asia Fiber Art (AFA), Ulsan, Korea Selatan

  • 2008: Legacy For The Future, Galeri Sumarjo, ITB, Bandung, Indonesia

  • 2006: Pameran Muhibah Malaysia Berunai, Brunai World Trade Centre, Berunai

  • : Malaysia poland International Painting Workshop, Galeri Seni UiTM Shah Alam

  • : Kembara 3 bota - Nagoya, Galeri be Nagoya Univercity of Art, Japan

  • 2005: Malaysian - Japan Art Exchange Program, Galeri Seni UiTM Perak

  • 2000: Invited at Suzlee Solo Show, City Gallery, Liecester, U.K

  • 1999: Malaysian Perspective, Group Exhibition, Hotbath Art Gallery, Bath U.K

  • : Malaysian Perspective, Group Exhibition, Pittville Art Gallery, Cheltenhem, U.K

  • 1996: Group Show, De Monfort Univercity, Liecester, U.K

  • : Group Show, MAS Building, London, U.K

  • 1990: 32nd Show, Kohdo Bijutsu, Nagoya, Japan

  • 1988: International Sand Sculpture Competition, Sai Kong Beach, Hong Kong

Thursday, November 20, 2008

Karya-karya Episod Dalang : Zainon Abdullah





Episod Dalang : Rutin Keringat, 2008, 68"x68", cat minyak

Dua helai daun sedang berhempas pulas untuk menapis karbon dioksida bagi kegunaan hidupan.



Episod Dalang : Dailog Keamanan & Kebebasan , 2001&2008, 44"x44", cat minyak

Bunga, burung dan manusia sedang mencari kata sepakat berhubung dengan keamanan dan kebebasan kehidupan makhluk sejagat.



Episod Dalang : Topeng Alam, 2001&2008, 44"x44", cat minyak

Dibalik pokok bunga (alam sekitar), manusia yang bertopeng alam sedang berusaha melakonkan watak pencinta alam


Episod Dalang: Perjuangan, 2001 & 2008, 44"x 44", cat minyak.


Monday, November 17, 2008

Apreasiasi karya Daud Rahim

Udang Galah dan Lampan adalah dua kehidupan yang menghuni dasar sungai telah menjadi subjek rujukan Daud Rahim. Karya ini diperkuatkan lagi dengan gabungan warna panas dan sejuk. Lampan sedang berenang dikawasan warna panas (oren) dikontraskan dengan Udang Galah, berkumpul di kawasan warna sejuk (biru). Kekuatan karya ini disebabkan kelincahan Daud menggunakan bahan arang secara pantas dan spontan dalam membentuk karyanya. Sentuhan beliau secara gesture dapat merakamkan pergerakan kedua-dua hidupan tersebut secara dinamik. Dinamika Udang Galah dan Lampan seolah-olah terencat apabila Daud menwujudkan warna kontras oren dan biru. Suasana ini seolah-olah sungai yang biru dan cantik telah tercemar oleh manipulasi manusia (oren) . Sinisnya, seperti tangan-tangan kapitalis yang mengaut keuntungan duniawi sehingga mengabaikan ekosistem kehidupan alam kehaiwanan dan kemanusiaan itu sendiri.

Friday, November 14, 2008

Apreasiasi karya Hamdan Shaarani

Di studio Kantan,Tronoh, seorang pelukis kelahiran Teluk Intan meminjam mata burung untuk mengolah karyanya. Karya realisma ini dihasilkan pada tahun2005 menggunakan sudut pandangan mata burung. Keistimewaan Hamdan disebabkan ketajaman mata dan penghayatan beliau keatas subjek rujukan alam. Melalui bantuan kamera beliau membuat ekpidisi subjek rujukan. Dari subjek terpilih tersebut beliau membuat simulasi jalinan (simulated texture) dengan memindahkan kepermukaan kanvas melalui kaedah sapuan berus. Kelebihan Hamdan ialah kerana dalam proses pemindahan warna, beliau akan menokok tambah bagi mengimbangi komposisi. Seterusnya peraturan estetik seperti garisan, bentuk dan ruang antaranya dipadankan bagi menghasilkan karya yang berestetika tinggi. Karya ini seperti sebuah cermin alam, dimana apabila kita melihat karyanya kita seolah melihat tanah, air, langit dan diri kita sendiri. Hidup kita juga umpama sebuah cermin kerana setiap perbuatan dan kata kita akan kembali terbias kepada kita. Melihat karya ini bukan sekadar memenuhi keperluan mata terhadap keindahan alam tabie, bahkan boleh membawa penghayat melihat tanda-tanda kebesaran Tuhan melalui mata hati.

Thursday, November 13, 2008

Apreasasi karya fotografi Ko Yamada


Ko Yamada seorang pensyarah dan artis terkenal di negara Jepun. Beliau terlibat dengan program Malaysian Japan Art- Exchange diantara UiTM Perak dan Nagoya Univercity of Art 2005. Penulis tertarik dengan gambar hitam putih ini yang memaparkan potret seorang wanita berlatarbelakangkan subjek bunga-bungaan. Karya ini mengingatkan penulis seolah-olah sebuah kematian ataupun sebuah mimpi keamanan yang panjang. Bunga-bungaan yang diletakan menggunakan rentak tidak tersusun (random rhythm) seperti memaparkan mesej keamanan. Mungkin beliau ingin menyampaikan mesej kematian sebuah keamanan atau mimpi panjang sebuah keamanan. Kini sewaktu dunia sudah tua keamanan juga telah turut uzur. Boleh jadi potret wanita yang berpakaian cantik dengan sikatan rambut rapi adalah sinis beliau terhadap kematian sebuah keamanan yang dipaksakan atau direkaciptakan oleh dalang yang bercita-cita besar untuk terus hidup senang dengan menderitakan orang lain.

Monday, November 10, 2008

Episod Dalang : Pertarungan I




Karya ini penulis hasilkan pada tahun 2008. Kenapa karya ini bertajuk Episod Dalang : Pertarungan I. Entahlah, bila nak bercerita konsep karya sendiri ni, jadi susah. Biasanya ketika berkarya kita hanya merancang beberapa subjek rujukan, tetapi dalam proses penghasilan karya terutamanya karya abstrak, kita membiarkan alam bawah sedar memandunya (Intuitive concept). Sememangnya penulis sukakan subjek alam tabie. Hampir 200 pokok dan tumbuhan ditanam dipersekitaran studio telagafakir (gambar kecil). Tumbuhan tersebut telah menjadi inspirasi sebagai subjek gabungan dalam berkarya. Karya ini diaktifkan dari keresahan dalaman minda yang sentiasa bertempur untuk meneruskan kehidupan di dunia fana ini. Pertempuran diantara nafsu baik dan tidak baik sentiasa berlaku. Sebagai manusia kita tidak dapat merujuk kepada budi pekerti alam yang sentiasa tunduk dan patuh terhadap perintah Allah. Tumbuhan patuh dengan sifat taat dan zikir oksijen dan karbon dioksid, disamping memanfaatkan dirinya untuk kemanfaatan manusia. Nabi pernah berkata sebaik-baik manusia ialah manusia yang boleh manfaatkan dirinya kepada orang lain. Kadang-kadang kita leka bertempur sehingga merosakan alam, manusia dan kehidupan itu sendiri

Friday, November 7, 2008

Apresiasi karya, Hamidi Hadi

Karya landscape Drop di hasilkan pada tahun 2004, di studio Titi Gantung ll. Penggunaan subjek biomorphic dari jalinan rekaan (invented texture) telah meletakan karya hamidi agak istimewa. Selain daripada ianya terkeluar dari kaedah sapuan konvensional, teknik tumpahan warna tersebut telah menghasilkan satu fanomena pemandangan lanskap yang bukan lagi biasa. Ulangan titik -titik biomorphic tersebut berupaya mengjangkau minda penghayat dalam satu illusi perasaan berasaskan suasana meditasi. Keinginan hamidi untuk menterjemahkan bentuk sel dan organisma dalaman dengan menggunakan metafora lanskap telah menjadikan karya beliau sebuah pemandangan mikro. Bentuk seakan janin dalam bahagian gelap di latar hadapan adalah permulaan kehidupan di dalam kandungan. Benih manusia beasal dari titik. Dari lautan titik tersebut cuma beberapa titik terpilih untuk memulakan kehidupan di luar. Landscape Drope adalah metafora titik kehidupan dari alam kehidupan sel dan organisma sehingalan menjenguk dunia fana dan kembali kedunia sana.

Wednesday, November 5, 2008

Apreasasi karya Suhaimi Tular

Karya yang tidak bertajuk ini dihasilkan sekitar tahun 2004, oleh Suhaimi Tular. Karya beliau didominasikan oleh subjek muka, gondang dan buah serta bunga hutan dihiasi dengan latarbelakang bergarisan menegak dari jalinan rekaan. Subjek muka dan gongdang dilatar hadapan (high key)dikontraskan dengan struktur garisan menegak pada latarbelakang (low key), menghasilkan satu nostalgia diantara dunia berwarna dan hitam putih. Kegusaran pelukis jelas kelihatan pada raut wajahnya yang menggunakan teknik garisan ekpresif. Namun subjek Gondang yang di lukis secara teliti dengan teknik rendering menimbulkan satu persoalan. Kenangan memungut Gondang di lopak air mungkin merupakan satu catatan mindanya yang tidak lekang, sebaliknya dunia masakini yang berwarna warni pada latarbelakangnya merupakan kisah perjalananya merentasi masa silam. Keindahan masa silam bersama alam telah kabur, kerana pembangunan telah mengambil alih. Hakikat yang terpaksa direntasinya, perkampungan Dengkil (tempat lahir beliau) yang pada silamnya dipenuhi hutan, kini telah bertukar menjadi Putra Jaya. Hijrah beliau ke Seri Iskandar sedikit sebanyak dapat merungkai masa silamnya. Namun suatu hari nanti apakah Seri Iskandar ini akan merndapat nasib yang sama seperti kota besar Putra Jaya.