Monday, November 17, 2008

Apreasiasi karya Daud Rahim

Udang Galah dan Lampan adalah dua kehidupan yang menghuni dasar sungai telah menjadi subjek rujukan Daud Rahim. Karya ini diperkuatkan lagi dengan gabungan warna panas dan sejuk. Lampan sedang berenang dikawasan warna panas (oren) dikontraskan dengan Udang Galah, berkumpul di kawasan warna sejuk (biru). Kekuatan karya ini disebabkan kelincahan Daud menggunakan bahan arang secara pantas dan spontan dalam membentuk karyanya. Sentuhan beliau secara gesture dapat merakamkan pergerakan kedua-dua hidupan tersebut secara dinamik. Dinamika Udang Galah dan Lampan seolah-olah terencat apabila Daud menwujudkan warna kontras oren dan biru. Suasana ini seolah-olah sungai yang biru dan cantik telah tercemar oleh manipulasi manusia (oren) . Sinisnya, seperti tangan-tangan kapitalis yang mengaut keuntungan duniawi sehingga mengabaikan ekosistem kehidupan alam kehaiwanan dan kemanusiaan itu sendiri.

1 comment:

azrie shariel said...

alhamdulilah.. terima kasih atas perkongsian ilmu.. di harap dengan perkongsian ini maka pengetahuan seni dapat dimajukan,,