Friday, November 14, 2008

Apreasiasi karya Hamdan Shaarani

Di studio Kantan,Tronoh, seorang pelukis kelahiran Teluk Intan meminjam mata burung untuk mengolah karyanya. Karya realisma ini dihasilkan pada tahun2005 menggunakan sudut pandangan mata burung. Keistimewaan Hamdan disebabkan ketajaman mata dan penghayatan beliau keatas subjek rujukan alam. Melalui bantuan kamera beliau membuat ekpidisi subjek rujukan. Dari subjek terpilih tersebut beliau membuat simulasi jalinan (simulated texture) dengan memindahkan kepermukaan kanvas melalui kaedah sapuan berus. Kelebihan Hamdan ialah kerana dalam proses pemindahan warna, beliau akan menokok tambah bagi mengimbangi komposisi. Seterusnya peraturan estetik seperti garisan, bentuk dan ruang antaranya dipadankan bagi menghasilkan karya yang berestetika tinggi. Karya ini seperti sebuah cermin alam, dimana apabila kita melihat karyanya kita seolah melihat tanah, air, langit dan diri kita sendiri. Hidup kita juga umpama sebuah cermin kerana setiap perbuatan dan kata kita akan kembali terbias kepada kita. Melihat karya ini bukan sekadar memenuhi keperluan mata terhadap keindahan alam tabie, bahkan boleh membawa penghayat melihat tanda-tanda kebesaran Tuhan melalui mata hati.

No comments: