Wednesday, November 5, 2008

Apreasasi karya Suhaimi Tular

Karya yang tidak bertajuk ini dihasilkan sekitar tahun 2004, oleh Suhaimi Tular. Karya beliau didominasikan oleh subjek muka, gondang dan buah serta bunga hutan dihiasi dengan latarbelakang bergarisan menegak dari jalinan rekaan. Subjek muka dan gongdang dilatar hadapan (high key)dikontraskan dengan struktur garisan menegak pada latarbelakang (low key), menghasilkan satu nostalgia diantara dunia berwarna dan hitam putih. Kegusaran pelukis jelas kelihatan pada raut wajahnya yang menggunakan teknik garisan ekpresif. Namun subjek Gondang yang di lukis secara teliti dengan teknik rendering menimbulkan satu persoalan. Kenangan memungut Gondang di lopak air mungkin merupakan satu catatan mindanya yang tidak lekang, sebaliknya dunia masakini yang berwarna warni pada latarbelakangnya merupakan kisah perjalananya merentasi masa silam. Keindahan masa silam bersama alam telah kabur, kerana pembangunan telah mengambil alih. Hakikat yang terpaksa direntasinya, perkampungan Dengkil (tempat lahir beliau) yang pada silamnya dipenuhi hutan, kini telah bertukar menjadi Putra Jaya. Hijrah beliau ke Seri Iskandar sedikit sebanyak dapat merungkai masa silamnya. Namun suatu hari nanti apakah Seri Iskandar ini akan merndapat nasib yang sama seperti kota besar Putra Jaya.

No comments: