Friday, March 26, 2010

View Finder Studio: Mohd Aminudin Osman

Beberapa hari yang lepas penulis dan Hamdan telah ke Studio View Finder di Bandar Baru Botani, berdekatan dengan Simpang Pulai. Studio tersebut dimiliki oleh Mohd Aminudin Osman, Seorang pelukis realis dan semi abstrak yang berkecimpung sebagai pelukis sepenuh masa. Selain menghasilkan karya beliau juga menghasilkan potret Di Raja. Beliau telah melukis potret Raja Perak, potret Di Raja dan kerabat Kedah dan terkini potret di Raja negeri Sembilan. Kehalusan dan ketepatan pengamatan beliau membuatkan hasil sesuatu karya tersebut menjadi halus dan berseni. Selain dari itu M. Amin juga menghasilkan karya kontemporari beliau. Terdapat dua siri yang berbeza iaitu siri semi abstrak dan realis.

Melalui siri semi abstrak M. Amin membuat komposisi anatomi badan manusia yang di komposisikan secara ambigious dengan mengabungkan latar hadapan dan belakang sebagai satu format. Kebanyakan lukisan semi abstrak beliau menggunakan warna yang terang. Karya kontemporari beliau yang terkini merupakan catan potret wajah orang peribumi yang digambarkan secara realis. Walaubagaimana pun catan tersebut berbeza debgan catan potret di Raja yang lebih halus. Catan wajah peribumi menggunakan sapuan berus yang sedikit kasar untuk mendapat tindanan warna. Palitan berus tersebut yang di buat secara cross-hatching, berupaya manampakan beberapa lapisan warna dibahagian bawah. Kesan warna tersebut membuatkan karya ini nampak menarik