Sejak balik dari U.K. beliau lebih menumpukan bidang pengarcaan. Pagi ini penulis berpeluang mengambil beberapa gambar beliau sedang menyiapkan karya arca. Gambar dibawah ialah seekor ikan yang telah siap di casting dari imej asalnya.
Friday, May 22, 2009
Studio Desa : Aznan Omar
Thursday, May 21, 2009
Studio Ofis : Izzadin Matrahah
Studio Gunung Raya : Mohd Tajali Abdullah

Tujuan beliau membina studio tersebut antara lain ialah untuk membuat Art Camp. TJ merealisasikan impiannya untuk bertukar-tukar program seni visual sedunia. Studio yang dibina berlatar belakangkan kaki gunung Raya tersebut digabungkan dengan alam dimana pada malam hari kita dihiburkan oleh bunyian fauna dan orkestra kodok. Dalam pada itu atap ditingkap atas dibiarkan lutsinar bagi tujuan memerhati bintang-bintang. Air terjun yang terletak diatas bukit tersebut pula adalah nyayian alam yang bakal menghiburkan peminat. Sementara ruang sekeliling di tingkat atas dibiarkan tidak berdinding, bagi tujuan menghayati keindahan alam ciptaan AllahTuesday, May 19, 2009
Studio Suak Sodang : Suhaimi Tular
Gambar kanan suasana diluar studio; Gambar kiri suasana didalam studio
Bilik atas dijadikan ruangan peribadi, sementara bilik bawah dan ruang tamu telah menjadi kawasan menghasilkan karya. Suhaimi bijak menggunakan ruang yang ekonomis. Sambil mentelaah beliau menghasilkan karya dengan bertemankan pokok-pokok dan anak ikan guppy. Dihari minggu Suhaimi gemar melapangkan mindanya sambil menambahkan koleksi bank imej beliau dengan panorama alam persekitaran Cameron Highland. Kadang-kadang beliau melayan selekoh Cameron-Simpang Pulai yang berliku-liku. Keindahan diantara studio Suak Sodang dan Cameron Highland kadang-kadang diabadikan didada kanvas sehingga menghasilkan karya-karya yang menawan.
Studio Suak Sodang menyimpan pengalaman diantara seorang pendidik, pengkarya dan juga bikes.
Gambar bawah Suhaimi Tular dan Black Bird
Wednesday, May 13, 2009
Studio Kantan ; Hamdan Shaarani
Studio memainkan peranan penting untuk menghasilkan karya, dimana sebagai tenaga pengajar kita boleh mempraktikkan teknik-teknik baru. Malah studio juga membolehkan kunjungan rakan artis dan menjadi tempat wacana dan kritikan seni.
Monday, May 11, 2009
Studio telagafakir : Zainon Abdullah
Penulis gabungkan sedikit laman dan persekitaran ala taman Jepun. Ini pun nostalgia juga, iaitu kenangan berada disana selama setahun. Hampir setiap rumah di Jepun mempunyai taman (walaupun bersaiz mini ataupun Bonsai). Mereka menyiapkan rumah beserta dengan tamannya sekali tanpa mempunyai ruang untuk ditambah lagi. Ini menyebabkan bila kita berada di kawasan perumahan tersebut, kita seperti berada dalam taman. Penulis gabungkan Pakis gajah, pokok puding dan buluh antaranya untuk menampakan persekitaran hutan.
Terima kasih yang Maha Esa
kerana mengizinkan hambamu
mengukir bentuk
mengores lakar
Di teratak fana ini
Ku pohon restu mu
ku pohon hidayah mu
Jangan lah kau hanyutkan aku
Di lembah yang tidak keruan
Ingatkanlah aku seperti seruan mu
seperti bayang yang sentiasa sujud
Hanya pada mu, yang Maha Esa
Gambar dibawah & dikanan diambil pada Mei 2009
Friday, May 8, 2009
Studio Sel 147 : Noor Azizan Rahman Paiman (Paiman)
Terdapat ramai pelukis yang terdiri dari pensyarah muda uitm yang berkarya di studio persendirian. Penempatan perumahan di Cangkat Sodang merupakan kawasan pilihan Izat Bukhari, Hamidi Hadi, Zainon Abdullah, Suhaimi Tular dan Daud Abd Rahim untuk mengadakan aktiviti seni. mereka menyewa rumah dan membuka studio masing-masing. Berkarya di studio mendorong mereka lebih aktif menghasilkan karya seni. Mereka membuat ekplorasi media dan teknik dalam meningkatkan imaginasi dan kreativiti masing-masing. Mohamed Ali Rahman (2004) , Katalok pameran kami 2Sekalung tahniah di ucapkan kepada Noor Azizan Rahman Paiman (Paiman), kerana menghasilkan pameran " Malaysia 365 Days of 2008". Paiman membawa satu tekad besar untuk melengkapkan impian beliau mencipta rekod 'menghasilkan 365 karya dalam masa 365 hari. Disebabkan tugasan mengajar dan memegang jawatan pengerusi galeri seni uitm Perak, beliau kadang-kadang terpaksa qada (tangguh dan himpunkan diwaktu lain) karyanya. Ini terutamanya pada minit-minit terakhir ada masanya Paiman hanya tidur beberapa jam sahaja sehari. Paiman di Studio Sel 147