Thursday, January 13, 2022

 Kata orang buat bentuk hebat karya akan jadi hebat. Saya tidak tahu karya saya hebat atau tidak. Saya hanyalah meneruskan rutin saya yang tidak boleh berhenti melukis. Sudah hampir 30 tahun  melukis dan terus melukis. Sebagai pendidik saya terus berekperimentasi mengolah karya untuk dijadikan batu loncatan mengajar. 

Karya terkini saya masih menggunakan subjek pokok dan alam. Kalau dahulu pokok-pokok yang saya lukis membawa kisah pohon-pohon mati yang terjadi akibat dari tindakan tangan-tangan manusia. Saya melukis menggunakan metafora pokok mati  bagi mengambarkan fanomena hutan terbakar  akibat dari pemanasan global. Pemanasan global pula terjadi akibat  dari tangan-tangan manusia.  Saya warna-warnikan hutan bagi membawa maksud perasaan manusia yang sukakan hiburan dan permainan. Mereka yang merosakan hutan seolah-olah seperti berhibur, bermain atau berpesta. Mereka-mereka yang rakus dan tamak dengan khazanah hutan tidak memperdulikan tentang kerosakan tangki oksigen tersebut. Sebaliknya mereka berpesta untuk memuaskan nafsu masing-masing.  Mereka bersubahat dengan penguatkuasa  untuk meratah dan merobek khazanah alam. 

Seterusnya saya mendapat idea pengolahan baru. Saya masih menggunakan pohon-pohon mati tetapi saya sulamkan dengan rentak dan irama. Saya rasa sangat kercewa dengan sikap manusia yang tamak menjarah alam. Namun sebagai insan kerdil tidak mampu saya mengubahnya. Saya hanya boleh alirkan perasaan kecewa saya secara berpuisi  dan juga meluahkan perasaan dalam karya visual. Kepedihan yang dirasai hanya dapat diubati dengan mengingati Allah. Melalui karya ini saya terjemahkan pohon mati menjadi rentak dan berirama.Saya cuba masukan konsep zikir oleh tumbuh-tumbuhan kedalam pokok yang saya lukis. Pokok-pokok tersebut saya gambarkan dengan ulangan garisan yang banyak seumpama kiasan berzikir. Pohon-pohon sangat taat berzikir sambil menyedut karbon yang dibebaskan kita dan mengeluarkan oksigen  untuk pernafasan dan kehidupan kita. Melalui rentak dan irama garisan berulang saya masukan sifat atau pun unsur tunduk dan menghormati. Sebenarnya unsur tunduk dan menghormati itu lah sifat yang paling mulia . Tetapi sebahagian dari manusia yang tamak enggan berbuat demikian. Sifat tersebut seolah-olah mati seperti imej pohon-pohon mati seperti dalam karya saya. Karya saya ini merupakan menefestasi terjemahan minda dan perasaan saya berserah diri kepada Allah. Saya hanya mampu menolak kemungkaran melalui hati sahaja. Walaupun itu yang paling lemah . Kerana saya tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk menghalang mereka-mereka yang memusnahkan alam.

 

Tari Rimba : Liuk 3. 2021. 46 x 56 cm. Akrilik diatas kanvas

Tari Rimba : Liuk 4.2021. 46 x 56 cm. Akrilik diatas kanvas


Tari Rimba : Liuk 6. 2021. 46 x 56 cm. Akrilik diatas kanvas


Tari Rimba : Al Quddus 4. 2021. 105 x 90 cm. Akrilik diatas kanvas


Tari Rimba : Liuk 5.2021. 46 x 56 cm. Akrilik diatas kanvas



Tari Rimba : Liuk 7. 2021. 145 x 95 cm. Akrilik diatas kanvas


Tari Rimba : Liuk 8. 2021. 145 x 115 cm. Akrilik diatas kanvas


Tari Rimba : Alhamdulillah 3. 2021. 160 x 120 cm. Akrilik diatas kanvas


Tari Rimba : Pusaran 1. 2021. 56  x 46 cm. Akrilik diatas kanvas



Tari Rimba : Tenaga Angin 2. 2021. 53 x 56 cm. Akriliuk diatas kanvas


Tari Rimba : Angin Dingin 1. 2021. 100 x 100 cm.Akrilik diatas kanvas


Tari Rimba : Bulan Pun Sembunyi 5.. 2021. 53 x 56 cm. Akrilik diatas kanvas






No comments: