Thursday, May 21, 2009

Studio Gunung Raya : Mohd Tajali Abdullah


Kami memanggil beliau TJ, sahabat lama semasa sama-sama mengajar di tahun 1 Fakulti Senilukis Senireka UiTM Shah Alam. Beliau kini di Universiti Multimedia. 14 mei 2009 lalu kami bertemu di Pameran 365 hari Paiman. TJ bercerita tentang Studio Gunung Raya di Langkawi. Studio yang tingginya hampir 50 kaki tersebut merupakan angan-angan lama beliau yang kini bertukar menjadi realiti. Semasa melayan angan-angan "mimpi gila" tersebut, beliau tidak mengeluarkan wang walau sesen pun. Namun apabila impian beliau bertukar menjadi realiti banyak wang dikeluarkan sehingga ada yang mengelarkan projek gila. Tambah aku pada TJ semasa belajar Al quran dulu , guru quran tersebut juga berkata kalau mahu pandai membaca quran, kita mesti gila baca quran. Jadinya kegilaan TJ untuk merealisasikan projek Studio Gunung Raya kena pada tempatnya. Disebabkan pemikiran beliau terkeluar dari zaman maka orang normal tidak dapat menerimanya.

Tujuan beliau membina studio tersebut antara lain ialah untuk membuat Art Camp. TJ merealisasikan impiannya untuk bertukar-tukar program seni visual sedunia. Studio yang dibina berlatar belakangkan kaki gunung Raya tersebut digabungkan dengan alam dimana pada malam hari kita dihiburkan oleh bunyian fauna dan orkestra kodok. Dalam pada itu atap ditingkap atas dibiarkan lutsinar bagi tujuan memerhati bintang-bintang. Air terjun yang terletak diatas bukit tersebut pula adalah nyayian alam yang bakal menghiburkan peminat. Sementara ruang sekeliling di tingkat atas dibiarkan tidak berdinding, bagi tujuan menghayati keindahan alam ciptaan Allah
Kini sewaktu dunia menghadapi gelombang pemanasan global muncul seorang anak seni bertindak sebagai individu berusaha menyuburkan seni tampak dan menyelamat bumi dari ditarah oleh sinafsu serakah. Semoga Studio Gunung Raya menjadi satu mercu tanda dunia seni visual yang suatu hari nanti akan menjadi kemegahan negara.

4 comments:

abdullahjones said...

salut!

guru besar haneem kaydeen said...

bila nak launch? boleh lah buat program nanti

Hamidah Musa said...

The need of funds has made the project immobiles. The dream of an artist in motionless mode.

Norhayati Abdullah said...

Been to the place in June 2020. Amazing place with amazing owner. Salam Perkenalan.