Tuesday, May 19, 2009

Studio Suak Sodang : Suhaimi Tular

Semenjak berpindah dari Shah Alam (April 2002) ke Seri Iskandar, sehingga kini Suhaimi sinonim dengan persekitaran Studio Suak Sodang. Walaupun bertugas di Yaman Selama tiga tahun Suhaimi masih menyewa rumah "open space" di Suak Sodang. Studio Suak sodang dikekalkan berkonsep terbuka dengan gabungan tumbuhan diruang luar dan bahagian dalamannya. Pokok buluh di komposisikan dengan palma , bunga kertas dan lainnya membentuk suasana taman yang matang.


Gambar diatas suasana diluar studio; Gambar dibawah suasana didalam studio



Bilik atas dijadikan ruangan peribadi, sementara bilik bawah dan ruang tamu telah menjadi kawasan menghasilkan karya. Suhaimi bijak menggunakan ruang yang ekonomis. Sambil mentelaah beliau menghasilkan karya dengan bertemankan pokok-pokok dan anak ikan guppy. Dihari minggu Suhaimi gemar melapangkan mindanya sambil menambahkan koleksi bank imej beliau dengan panorama alam persekitaran Cameron Highland. Kadang-kadang beliau melayan selekoh Cameron-Simpang Pulai yang berliku-liku. Keindahan diantara studio Suak Sodang dan Cameron Highland kadang-kadang diabadikan didada kanvas sehingga menghasilkan karya-karya yang menawan.

Studio Suak Sodang menyimpan pengalaman diantara seorang pendidik, pengkarya dan juga bikes.


Gambar bawah Suhaimi Tular dan Black Bird















Tanpa Tajuk 1 , Karya semasa di Yemen


Tanpa Tajuk 2 : 2006




Tanpa tajuk 3: 2006














Tanpa Tajuk 4: 2007













4 comments:

Art of My Life. said...

Assalamualaikum Brader Non!!!
Masyaallah!!Bikkurishita!!Bila nak balik kampung kat KB ni..la..Baguihla!!Hang pun ada blog jadi bolehlahh aku melihat kabo beghita orhang Perakk nii..
Kirim salam pada Che Ana kite dan anak-anak... Juga pada si Suhaimi Al Yamannn...bila dia balik!!!!???

OOii!Hang kena bubuh gambag handsome hang kat blog aku..gambag kosong tidak diterima...
Nanti aku try cari gambag kita kat Jepun dulu..nanti boleh letak kat blog!!!hah! ha...

Arham Azmi said...

MAAF SEKADAR INGIN BERTANYA APA MAKSUD SUAK SODANG TU?

studio telagafakir said...

Waalaikummusalam, Taufiku.. Insyallah cuti ni aku balik KB.. nanti aku call hang

Arham Suak Sodang tu hang kena tanya Suhaimi Tular

nobody said...

Salam non...wah aktif hang memblog non...amat bagus...dah siap blog aku nanti boleh ler kita ber'link-link;...selamat maju jaya!