Monday, May 11, 2009

Studio telagafakir : Zainon Abdullah

Hari ini cadang hendak menulis studio Suhaimi Tular. Tetapi terlupa pula bawa kamera, jadinya penulis mengambil keputusan untuk menceritakan proses penghasilan studio telagafakir. Gambar ini diambil pada tahun 2005 semasa proses awal pembikinan studio telagafakir. Penulis memilih kayu dari rumah lama dengan pintu dan sepasang tingkap asal. Tujuannya supaya penulis dapat mengimbau kembali nostalgia tinggal dirumah kampung semasa kecil-kecil dahulu.

Penulis gabungkan sedikit laman dan persekitaran ala taman Jepun. Ini pun nostalgia juga, iaitu kenangan berada disana selama setahun. Hampir setiap rumah di Jepun mempunyai taman (walaupun bersaiz mini ataupun Bonsai). Mereka menyiapkan rumah beserta dengan tamannya sekali tanpa mempunyai ruang untuk ditambah lagi. Ini menyebabkan bila kita berada di kawasan perumahan tersebut, kita seperti berada dalam taman. Penulis gabungkan Pakis gajah, pokok puding dan buluh antaranya untuk menampakan persekitaran hutan.

Terima kasih yang Maha Esa
kerana mengizinkan hambamu
mengukir bentuk
mengores lakar
Di teratak fana ini
Ku pohon restu mu
ku pohon hidayah mu

Jangan lah kau hanyutkan aku
Di lembah yang tidak keruan
Ingatkanlah aku seperti seruan mu
seperti bayang yang sentiasa sujud
Hanya pada mu, yang Maha Esa


Gambar dibawah & dikanan diambil pada Mei 2009




















1 comment:

Anonymous said...

cantik studio encik..