Friday, May 8, 2009

Studio Sel 147 : Noor Azizan Rahman Paiman (Paiman)

Terdapat ramai pelukis yang terdiri dari pensyarah muda uitm yang berkarya di studio persendirian. Penempatan perumahan di Cangkat Sodang merupakan kawasan pilihan Izat Bukhari, Hamidi Hadi, Zainon Abdullah, Suhaimi Tular dan Daud Abd Rahim untuk mengadakan aktiviti seni. mereka menyewa rumah dan membuka studio masing-masing. Berkarya di studio mendorong mereka lebih aktif menghasilkan karya seni. Mereka membuat ekplorasi media dan teknik dalam meningkatkan imaginasi dan kreativiti masing-masing. Mohamed Ali Rahman (2004) , Katalok pameran kami 2

Sekalung tahniah di ucapkan kepada Noor Azizan Rahman Paiman (Paiman), kerana menghasilkan pameran " Malaysia 365 Days of 2008". Paiman membawa satu tekad besar untuk melengkapkan impian beliau mencipta rekod 'menghasilkan 365 karya dalam masa 365 hari. Disebabkan tugasan mengajar dan memegang jawatan pengerusi galeri seni uitm Perak, beliau kadang-kadang terpaksa qada (tangguh dan himpunkan diwaktu lain) karyanya. Ini terutamanya pada minit-minit terakhir ada masanya Paiman hanya tidur beberapa jam sahaja sehari. Paiman di Studio Sel 147

Apa yang menarik disini bukan sahaja semangat kerjanya yang istiqamah, tetapi beliau bijak memanfaatkan ruang dan penggunaan studio. Untuk pameran ini Paiman tidak memerlukan ruang studio yang besar. Bagi beliau ruang studio dalaman atau studio minda yang besar sudah memadai. Di pejabatnya Paiman memerlukan ruang 3x4 kaki sahaja untuk menghasilkan karya. Memandangkan karya beliau bersaiz selembar diari (saiz b5) beliau boleh memanfaatkan ruang yang sangat minima. Kadang-kadang beliau berkarya di bilik mesyuarat sebelum menunggu mesyuarat. Duduk di kerusi dengan sebelah tangan memegang papan lukis bersaiz a4 beliau boleh menyiapkan beberapa lakaran. Sementara menunggu nasi dihidangkan dimeja makan beliau mencuri waktu yang sangat berharga dengan menyiapkan beberapa lakaran.

Wawasan beliau untuk menghasilkan 365 karya dalam masa 365 hari bukan lah untuk menunjuk jaguh, sebagai tenaga pengajar beliau rasa terpanggil untuk membuktikan kepada pelajar yang sering memberi alasan kesuntukan masa dan pelbagai alasan untuk menyiapkan karya. Kesimpulannya disini tekad, wawasan dan istiqamah lebih penting dari pelbagai alasan.

3 comments:

a said...

tahniah kepada en. paiman~

kaydeenasa said...

365 karya untuk 365 hari?
subhanallah..


tiada yang mustahil =)

Anonymous said...

paiman perlukan warden penjara yang tegas.