Sejak balik dari U.K. beliau lebih menumpukan bidang pengarcaan. Pagi ini penulis berpeluang mengambil beberapa gambar beliau sedang menyiapkan karya arca. Gambar dibawah ialah seekor ikan yang telah siap di casting dari imej asalnya.
Friday, May 22, 2009
Studio Desa : Aznan Omar
Thursday, May 21, 2009
Studio Ofis : Izzadin Matrahah
Ada orang mengatakan melukis memerlukan ruang yang besar, studio yang hebat. Namun Izadin berupaya memperkembangkan kreativitinya umpama kata pepatah "hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih". Keinginan yang kuat dan semangat beliau yang membara membuatkan beliau terus berkarya tanpa jemu. 
Sebagai pendidik beliau tidak mahu dilabelkan sebagai cakap tidak serupa bikin oleh anak didiknya. Lagi pula mempraktikan ilmu yang diajar merupakan perkembangan budaya intelektual yang sihat. Penulis pernah melawat beberapa universiti di negara matahari terbit. Nagoya Universiti misalnya menyediakan studio seluas 15x30 kaki untuk penyarah / pelukisnya. Mereka berpendapat studio yang disediakan tersebut disamping pensyarahnya mempraktikan ilmu, dalam masa yang sama mereka boleh membawa anak didik bagi kegiatan pendidikan secara bersemuka.
Studio Gunung Raya : Mohd Tajali Abdullah

Kami memanggil beliau TJ, sahabat lama semasa sama-sama mengajar di tahun 1 Fakulti Senilukis Senireka UiTM Shah Alam. Beliau kini di Universiti Multimedia. 14 mei 2009 lalu kami bertemu di Pameran 365 hari Paiman. TJ bercerita tentang Studio Gunung Raya di Langkawi. Studio yang tingginya hampir 50 kaki tersebut merupakan angan-angan lama beliau yang kini bertukar menjadi realiti. Semasa melayan angan-angan "mimpi gila" tersebut, beliau tidak mengeluarkan wang walau sesen pun. Namun apabila impian beliau bertukar menjadi realiti banyak wang dikeluarkan sehingga ada yang mengelarkan projek gila. Tambah aku pada TJ semasa belajar Al quran dulu , guru quran tersebut juga berkata kalau mahu pandai membaca quran, kita mesti gila baca quran. Jadinya kegilaan TJ untuk merealisasikan projek Studio Gunung Raya kena pada tempatnya. Disebabkan pemikiran beliau terkeluar dari zaman maka orang normal tidak dapat menerimanya.
Tujuan beliau membina studio tersebut antara lain ialah untuk membuat Art Camp. TJ merealisasikan impiannya untuk bertukar-tukar program seni visual sedunia. Studio yang dibina berlatar belakangkan kaki gunung Raya tersebut digabungkan dengan alam dimana pada malam hari kita dihiburkan oleh bunyian fauna dan orkestra kodok. Dalam pada itu atap ditingkap atas dibiarkan lutsinar bagi tujuan memerhati bintang-bintang. Air terjun yang terletak diatas bukit tersebut pula adalah nyayian alam yang bakal menghiburkan peminat. Sementara ruang sekeliling di tingkat atas dibiarkan tidak berdinding, bagi tujuan menghayati keindahan alam ciptaan AllahKini sewaktu dunia menghadapi gelombang pemanasan global muncul seorang anak seni bertindak sebagai individu berusaha menyuburkan seni tampak dan menyelamat bumi dari ditarah oleh sinafsu serakah. Semoga Studio Gunung Raya menjadi satu mercu tanda dunia seni visual yang suatu hari nanti akan menjadi kemegahan negara.
Tuesday, May 19, 2009
Studio Suak Sodang : Suhaimi Tular
Semenjak berpindah dari Shah Alam (April 2002) ke Seri Iskandar, sehingga kini Suhaimi sinonim dengan persekitaran Studio Suak Sodang. Walaupun bertugas di Yaman Selama tiga tahun Suhaimi masih menyewa rumah "open space" di Suak Sodang. Studio Suak sodang dikekalkan berkonsep terbuka dengan gabungan tumbuhan diruang luar dan bahagian dalamannya. Pokok buluh di komposisikan dengan palma , bunga kertas dan lainnya membentuk suasana taman yang matang.Gambar diatas suasana diluar studio; Gambar dibawah suasana didalam studio
Studio Suak Sodang menyimpan pengalaman diantara seorang pendidik, pengkarya dan juga bikes.
Gambar bawah Suhaimi Tular dan Black Bird

Tanpa Tajuk 1 , Karya semasa di Yemen

Wednesday, May 13, 2009
Studio Kantan ; Hamdan Shaarani
Mat Yie telah menyindir Hamdan secara seloka yang mana Hamdan begitu terkenal suatu ketika dahulu, tapi kini sudah tenggelam. Tambahnya lagi beliau mempunyai kawasan yang luas tetapi tidak mahu buat studio.
Studio memainkan peranan penting untuk menghasilkan karya, dimana sebagai tenaga pengajar kita boleh mempraktikkan teknik-teknik baru. Malah studio juga membolehkan kunjungan rakan artis dan menjadi tempat wacana dan kritikan seni.
Monday, May 11, 2009
Studio telagafakir : Zainon Abdullah
Penulis gabungkan sedikit laman dan persekitaran ala taman Jepun. Ini pun nostalgia juga, iaitu kenangan berada disana selama setahun. Hampir setiap rumah di Jepun mempunyai taman (walaupun bersaiz mini ataupun Bonsai). Mereka menyiapkan rumah beserta dengan tamannya sekali tanpa mempunyai ruang untuk ditambah lagi. Ini menyebabkan bila kita berada di kawasan perumahan tersebut, kita seperti berada dalam taman. Penulis gabungkan Pakis gajah, pokok puding dan buluh antaranya untuk menampakan persekitaran hutan.
Terima kasih yang Maha Esa
kerana mengizinkan hambamu
mengukir bentuk
mengores lakar
Di teratak fana ini
Ku pohon restu mu
ku pohon hidayah mu
Jangan lah kau hanyutkan aku
Di lembah yang tidak keruan
Ingatkanlah aku seperti seruan mu
seperti bayang yang sentiasa sujud
Hanya pada mu, yang Maha Esa
Gambar dibawah & dikanan diambil pada Mei 2009
Friday, May 8, 2009
Studio Sel 147 : Noor Azizan Rahman Paiman (Paiman)
Terdapat ramai pelukis yang terdiri dari pensyarah muda uitm yang berkarya di studio persendirian. Penempatan perumahan di Cangkat Sodang merupakan kawasan pilihan Izat Bukhari, Hamidi Hadi, Zainon Abdullah, Suhaimi Tular dan Daud Abd Rahim untuk mengadakan aktiviti seni. mereka menyewa rumah dan membuka studio masing-masing. Berkarya di studio mendorong mereka lebih aktif menghasilkan karya seni. Mereka membuat ekplorasi media dan teknik dalam meningkatkan imaginasi dan kreativiti masing-masing. Mohamed Ali Rahman (2004) , Katalok pameran kami 2Sekalung tahniah di ucapkan kepada Noor Azizan Rahman Paiman (Paiman), kerana menghasilkan pameran " Malaysia 365 Days of 2008". Paiman membawa satu tekad besar untuk melengkapkan impian beliau mencipta rekod 'menghasilkan 365 karya dalam masa 365 hari. Disebabkan tugasan mengajar dan memegang jawatan pengerusi galeri seni uitm Perak, beliau kadang-kadang terpaksa qada (tangguh dan himpunkan diwaktu lain) karyanya. Ini terutamanya pada minit-minit terakhir ada masanya Paiman hanya tidur beberapa jam sahaja sehari. Paiman di Studio Sel 147
Subscribe to:
Comments (Atom)


