Wednesday, April 7, 2010

Studio Raja Besi : Raja Shahriman

Semenjak berpindah ke Perak dari 2002 sehingga kini, baru dua kali ke studio Raja Shahriman. Terakhir 26.3.2010 lalu. Aku bersama Hamidi telah ke Studio RS. Pada 28.3.2010 kami bertiga bertemu lagi di Cameron Highland, Man dan geng harleynya, aku dan midi bersama geng Ipoh bikers. Kami mengambil angin dengan cara masing-masing. Minggu lepas Man ke Kelantan menyertai perhimpunan bikers besar, dimana hampir 900 buah motor berkumpul di Stadium Sultan Mohamad, Kota Baharu. Aku, midi dan Mie Tular seperti biasa ke Cameron Highland.

Berbalik kepada RS atau kami memangilnya Man. Man merupakan junior aku semasa dikolej dulu, jadinya kami agak rapat. Dari dulu lagi Man sememangnya berminat kepada besi. kami pernah buat pameran seni arca di Foyer Fssr ITM, Shah Alam dulu (1987), Man menghasilkan besi-besi tajam, berobjekan seperti lipan antaranya. Man merupakan satu-satu karyawan yang berpegang teguh kepada arca. Satu persatu arcawan terkubur kerana faktur persekitaran, ruang dan setor, namun Man percaya dengan sifat waja yang terdapat pada besi.

Keputusannya pulang kekampung halaman dan menjalani kehidupan sederhana dan menjalani kehidupan seperti pandai besi lampau memang tepat. Beliau membeli rumah papan lama yang dipasang semula menampakan lagi suasana kekampungan. " Rumah Man buruk sahaja katanya", tidak mengapa Man nanti di syurga Allah akan bagi kita rumah cantik, semoga kita sama-sama mendapat keredhoan Allah, tambah aku.

Aku membayangkan apabilan Man mengetuk besi tentunya bunyi bising memekakkan telinga. Rupanya andaian ku salah, besi yang di bakar menjadi lembut dan apabila di ketuk ia mengikut bentuk, rupa dan rentak yang diigini oleh pengetuknya. Besi yang kuat dan gagah tiba-tiba menjadi tunduk dan menghormati kehendak pengetuknya. Dengan mengunakan kepakaran pandai besi Man menformasikan acra nya dengan pelbagai siri, terkini rentak Abad ke 21, monolog-monolog Raja Shahriman.

Aku teringat lagi semasa kali pertama ke studio beliau, RS telah menunjukkan aku sebuah kitab yang membicarakan tentang kalimah syahadah. katanya lagi kita wajib mempelajarinya jika kita bersyahadah dengannya. Aku terkedu juga kerana ilmu tentang syahadah sahaja mempunyai kitab khas. Moga-moga kita sama-sama mengejar dunia dan tidak lupa akhirat dan "alangkah indahnya jika kita manusia yang gagah, tiba-tiba menjadi tunduk dan menghormati kehendak penciptaNya".


Antara karya terbaru beliau









Dipetik dari buku rhythm of the 21 st century monologues of Raja Shahriman









Gejolak api 2008
Serpihan Gaza 2008
Panji Hitam 2008

3 comments:

Art of My Life. said...

Brader,
Pandai Besi yg beriman tentunya amat mulia disisi Allah.Moga aku pun akan tetap dlm acuan yg sama.....Insyaallah!!!

handout said...

terima kasih banyak sudah berbagi,.
moga sukses selalu.
jika ingin tau profil saya silahkan kunjungi..
click this

Saiful Azri said...

Ada tak contoh karya untuk Harimau berantai..puas satasaya cari x jumpa..