Karya 2 ini aku lihat seolah-olah seperti hujan asid yang turun dengan lebatnya mencurah dimuka bumi yang meruap, kepanasan. Fanomena global warming yang kian memuncak diakhir-akhir ini seperti mengilhamkan Hamidi untuk menghasilkan karya ini, atau pun Hamidi mempunyai mesejnya yang tersendiri. Dari apa yang kami perbualkan Hamidi tertarik dengan bahan industri yang dijadikan bahan utama karyanya. Beliau mencampurkan warna industri dengan resin dan poly finish antaranya untuk menghasilkan ekperimentasi karya.Namun begitu kemajuan teknologi dan industri yang sangat cepat dewasa ini telah menyebabkan dunia dan sistem ekologi menjadi tidak seimbang. Industri berlumba-lumba dengan teknologi sehingga membelakangkan sistem ekologi, sebenarnya akan mengundang kemusnahan.
Karya 3 : Gambar close up
Dalam karya 3 ini Hamidi, membekukan resin dengan menterbalikan karya sehingga titis hujan nampak secara sebenar dengan ketebalan hampir 1 inci. Curahan resin yang seolah-olah melekit tersebut juga mencerminkan apa akan terjadi kepada dunia suatu hari nanti, apabila pembangunan diantara nilai spiritual dan kerohanian tidak bergerak selari.
Karya ini mungkin mencerminkan kemusnahan alam melalui kitaran ekologi dimana tangan-tangan manusia yang mencipta kemajuan industri dan kemajuan teknologi yang tidak selari dengan pembangunan spiritual akan berdepan dengan kemusnahan alam itu sendiri. Namun kemusnahan alam itu bukanlah akan menimpa tangan-tangan mereka sahaja, bahkan kita sebagai penghuni alam pun akan turut merasai tempiasnya.
Karya 4: Untitled (living in artificial valley ii), 122 x 122 cm, 2010
Karya 4, tanpa tajuk ( kehidupan dilembah tiruan ii) ini adalah gambaran keresahan saudara Hamidi tehadap kehidupan dunia moden hari ini yang dipenuhi dengan gejala tiruan. Lembah tiruan bermaksud suasana dunia sementara yang dikejar sehinggakan kita terlupa dunia sebenar (alam kekal). Industri dan teknologi moden telah memudahkan kehidupan. Namun sifatnya yang mudah berkecai akan memudaratkan kehidupan. Pengembangan kehidupan moden yang memisahkan nilai spiritual seolah-olah seperti luahan saudara Hamidi terhadap fanomena masa kini. Sifat kucar kacir dalam sapuan dan renjisan karyanya seperti membuat kesimpulan tentang nilai-nilai pegangan hidup masa kini yang semakin berderaiGambar dibawah : Studio Rumah Kedai Pintu Besi
Antara karya-karya lain