.jpg)
Kalau tidak mengukir beliau bertukang. Beberapa modul bilik tambahan dibuat oleh beliau sendiri dengan sedikit bantuan asas dari tukang.
.jpg)
.jpg)
.jpg)
![]() |
| Aku dan Ahmad Shukri |
![]() |
| Umi |
![]() |
Karya 2 ini aku lihat seolah-olah seperti hujan asid yang turun dengan lebatnya mencurah dimuka bumi yang meruap, kepanasan. Fanomena global warming yang kian memuncak diakhir-akhir ini seperti mengilhamkan Hamidi untuk menghasilkan karya ini, atau pun Hamidi mempunyai mesejnya yang tersendiri. Dari apa yang kami perbualkan Hamidi tertarik dengan bahan industri yang dijadikan bahan utama karyanya. Beliau mencampurkan warna industri dengan resin dan poly finish antaranya untuk menghasilkan ekperimentasi karya.Karya 3 : Gambar close up
Dalam karya 3 ini Hamidi, membekukan resin dengan menterbalikan karya sehingga titis hujan nampak secara sebenar dengan ketebalan hampir 1 inci. Curahan resin yang seolah-olah melekit tersebut juga mencerminkan apa akan terjadi kepada dunia suatu hari nanti, apabila pembangunan diantara nilai spiritual dan kerohanian tidak bergerak selari.
Karya ini mungkin mencerminkan kemusnahan alam melalui kitaran ekologi dimana tangan-tangan manusia yang mencipta kemajuan industri dan kemajuan teknologi yang tidak selari dengan pembangunan spiritual akan berdepan dengan kemusnahan alam itu sendiri. Namun kemusnahan alam itu bukanlah akan menimpa tangan-tangan mereka sahaja, bahkan kita sebagai penghuni alam pun akan turut merasai tempiasnya.
Karya 4: Untitled (living in artificial valley ii), 122 x 122 cm, 2010
Karya 4, tanpa tajuk ( kehidupan dilembah tiruan ii) ini adalah gambaran keresahan saudara Hamidi tehadap kehidupan dunia moden hari ini yang dipenuhi dengan gejala tiruan. Lembah tiruan bermaksud suasana dunia sementara yang dikejar sehinggakan kita terlupa dunia sebenar (alam kekal). Industri dan teknologi moden telah memudahkan kehidupan. Namun sifatnya yang mudah berkecai akan memudaratkan kehidupan. Pengembangan kehidupan moden yang memisahkan nilai spiritual seolah-olah seperti luahan saudara Hamidi terhadap fanomena masa kini. Sifat kucar kacir dalam sapuan dan renjisan karyanya seperti membuat kesimpulan tentang nilai-nilai pegangan hidup masa kini yang semakin berderai
Antara karya-karya lain
Petang semalam (13.10.2011) aku minum dengan Paiman dan kawan-kawan. Paiman bertanya kepada aku lama tak melukis?, aku dok siapkan bahagian hadapan taman, kata aku. Sudah lebih tiga bulan aku tak naik Cameron Highland (menunggang motosikal) dan melukis . Aku menyiapkan beberapa bahagian hadapan taman, ini terutamanya bahagian kolam telaga fakir. Aku gantikan batu-batuan kecil ala taman Jepun dengan kepingan batu dengan kekemasan bersimen. Ini bagi memudahkan aku menyelengara sampah daun buluh yang begitu banyak luruh. Komposisi kepingan batu dan batu besar aku gandingkan dengan kemasan simen tersebut menyenangkan kerja -kerja penyelenggaran taman. Namun begitu ada beberapa bahagian yang telah matang terutamanya dibahagian tepi studio tidak aku usik.

Gambar di bawah: Gubahan kepingan batu kekemasan bersimen
Cuma pada awal tahun ini aku banyak menumpukan kepada pembikinan sungai ditengah studio aku. Sungai tersebut aku komposisikan batuan pelbagai jenis textura dan warna. Batuan berwarna kuning dan kemerahan tersebut aku kutip dari air terjun Lubuk Kawah (kawasan air panas). Aku gandingkan dengan batuan granit yang dikutip dari Jeram Ulu Licin. Aku seronok berinteraksi dengan alam Allah yang maha indah ini. Kadang-kadang aku dok ralit tidak melukis kerana asyik dok buat taman. Paiman kata hang tak melukis pun tak pa taman tu kira instalasi hang la. Tak pa la man janji berkarya tak kira la macamana karyanya, tambah aku.
Alhamdulillah lebih kurang lima tahun aku membina taman studio telagafakir ini. Dulu sebelum membeli rumah ini sejak dari masa belajar di Itm lagi aku berangan-angan untuk memiliki rumah, studio dan taman sekaligus memerangkap taman yang mempunyai arca persekitaran. Setiap kali aku membelek taman-taman Jepun aku berangan-angan untuk pergi kesana. Syukur pada tahun 1989 apabila aku tamat pengajian di Itm aku ditawarkan kursus selama setahun disana. Dengan demikian umpama pucuk dicita ulam mendatang. Aku tidak lepaskan peluang keemasan tersebut
Dengan pengalaman sebagai pelukis dan pengarca yang ada padaku aku rekakan taman ini menjadi sebuah Taman Nusantara Timur.


