Friday, October 14, 2011

Pembikinan Studio Telagafakir bahagian ii

Petang semalam (13.10.2011) aku minum dengan Paiman dan kawan-kawan. Paiman bertanya kepada aku lama tak melukis?, aku dok siapkan bahagian hadapan taman, kata aku. Sudah lebih tiga bulan aku tak naik Cameron Highland (menunggang motosikal) dan melukis . Aku menyiapkan beberapa bahagian hadapan taman, ini terutamanya bahagian kolam telaga fakir. Aku gantikan batu-batuan kecil ala taman Jepun dengan kepingan batu dengan kekemasan bersimen. Ini bagi memudahkan aku menyelengara sampah daun buluh yang begitu banyak luruh. Komposisi kepingan batu dan batu besar aku gandingkan dengan kemasan simen tersebut menyenangkan kerja -kerja penyelenggaran taman. Namun begitu ada beberapa bahagian yang telah matang terutamanya dibahagian tepi studio tidak aku usik.







Gambar di bawah: Gubahan kepingan batu kekemasan bersimen
































Cuma pada awal tahun ini aku banyak menumpukan kepada pembikinan sungai ditengah studio aku. Sungai tersebut aku komposisikan batuan pelbagai jenis textura dan warna. Batuan berwarna kuning dan kemerahan tersebut aku kutip dari air terjun Lubuk Kawah (kawasan air panas). Aku gandingkan dengan batuan granit yang dikutip dari Jeram Ulu Licin. Aku seronok berinteraksi dengan alam Allah yang maha indah ini. Kadang-kadang aku dok ralit tidak melukis kerana asyik dok buat taman. Paiman kata hang tak melukis pun tak pa taman tu kira instalasi hang la. Tak pa la man janji berkarya tak kira la macamana karyanya, tambah aku.





Alhamdulillah lebih kurang lima tahun aku membina taman studio telagafakir ini. Dulu sebelum membeli rumah ini sejak dari masa belajar di Itm lagi aku berangan-angan untuk memiliki rumah, studio dan taman sekaligus memerangkap taman yang mempunyai arca persekitaran. Setiap kali aku membelek taman-taman Jepun aku berangan-angan untuk pergi kesana. Syukur pada tahun 1989 apabila aku tamat pengajian di Itm aku ditawarkan kursus selama setahun disana. Dengan demikian umpama pucuk dicita ulam mendatang. Aku tidak lepaskan peluang keemasan tersebut
Sambil berkursus aku melawat taman-taman Jepun yang berusia ribuan tahun. Terutamanyanya taman-taman klasik di Kyoto.

Dengan pengalaman sebagai pelukis dan pengarca yang ada padaku aku rekakan taman ini menjadi sebuah Taman Nusantara Timur.




1 comment:

nadiah said...

sangat unik dan cantik
taniah