Menara tiga tingkat yang didirikan ditebing bukit Gunung Raya terus kukuh, gagah bersama alam di sekitarnya.Suasana fauna flora dan kicauan burung dan katak telah menjadikan teratak ini sangat damai.Damai dengan nyanyian alam, Damai dengan kesegaran udara, Damai dengan aliran oksigen.
Di tingkat bawah aku disambut dengan sebuah arca yang diukir sendiri oleh Tajali. Bersama Pajeronya beliau memungut bongkah-bongkah kayu untuk dijadikan arca dan juga perabut.
Kalau tidak mengukir beliau bertukang. Beberapa modul bilik tambahan dibuat oleh beliau sendiri dengan sedikit bantuan asas dari tukang.
Sebuah kolam di bina untuk menyerikan lagi rumah menara. Elemen air merupakan antara elemen penting untuk menyejukan pandangan.
Pada bahagian ruang dalaman rumah menara, Tajali membiarkan suasana terbuka supaya aliran udara segar bebas masuk dan keluar
Pada suasana malamnya aku disambut oleh nyayian sang katak dan cengkerik. Ditambahi dengan lampu neon di taman menyebabkan aku menjadi kelu. Suasana damai desa benar-benar mengujakan. Sesekali Tajali letih mengukir arca, membuat perabut, bertukang beliau melukis. Namun beliau tidak melukis dengan kuantiti yang banyak. Kenapa engkau kurang melukis, tanya ku. Jawabnya ringkas aku duduk didalam lukisan alam yang besar buat apa aku melukis banyak-banyak. Betul juga di kota orang sibuk mengisi rumah dengan lukisan alam misalnya, kerana inginkan suasana alam. Namun disini Tajali terus berada didalam lukisan Alam yang telah di lukis oleh Allah.Jadinya buat apa lagi , sambil mengetuk pahat, sambil membuat perabut, sambil melukis dan sambil menikmati kehidupan persaraan, sambil memuji Allah, sambil berzikir kepada yang Esa itulah laluan yang sangat mendamaikan. Moga-moga dirahmati Allah, dan berbahgia hendaknya kepada sahabat ku
Ini antara beberapa gambar lukisan alam yang Allah lukiskan, rakaman gambar yang dikongsikan kepada aku oleh Tajali dan Kak Norma. Diwaktu pagi dan petang dengan keizinan Allah Tajali dan Kak Norma dapat menikmati pemandangan bahagia detik-detik indah lukisan Allah yang Allah ciptakan sebagai gambaran tanda-tanda kebesaraNya Sepertimana Al Quran, Surah Sad: 38, ayat 18 " Sesungguhnya kami telah menundukkan gunung-ganang turut bertasbih memuji kami bersama-sama dengannya pada waktu petang dan ketika terbit matahari". Allah Yang Maha Besar, Segala puji-pujian bagiNya
No comments:
Post a Comment