Padahal jarak studio aku dengan studio Daud Rahim cuma 8 km sahaja. Tetapi aku tidak dapat menulis tentang studio beliau. Jadinya aku minta Daud emailkan gambar lukisan terbarunya. Melalui karyanya Jiwa, Daud menonjolkan rangka manusia dalam posisi separuh badan, dalam kedudukan mendepa. Rangka manusia menggunakan warna nuetral hitam putih, yang menggunakan low key, dikontraskan dengan latar belakang berwarna-warni, adalah garapan beliau tentang kehidupan di dunia ini yang penuh warna-warni. Pada bahagian latarbelakang juga terdapat rangka manusia disebelah kiri, serta rangka kaki dibahagian kanan karya. Menggunakan ruang cetek Daud memenuhi pada bahagian rangka manusia dilatar belakang dengan lukisan enjin. Begitu juga dengan rangka manusia putih di latar hadapan.
Kehidupan manusia yang penuh warna-warni dan imej injin adalah kiasan Daud terhadap manusia yang terlalu sibuk mencipta alat bantuan kehidupan untuk mengemudi dunia. Dunia dilayari penuh kelekaan, kegembiraan. Seperti mana Allah berfirman " Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang berkurangan),juga bermegah-megah diantara kamu (dengan kelebihan, kekuatan dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba memperbanyakan harta benda dan anak pinak......" Surah Al Hadid Ayat 57
Kehidupan yang penuh warna-warni tersebut di kontrakan denga rangka manusia pada bahagian latar hadapan, menggambarkan tentang kematian. Lakaran injin didalam rangka putih memberi amaran tentang kematian yang mungkin sia-sia kerana terlalu leka dengan kemanisan dan hiburan dunia.
Jiwa : Pensil Warna : 2014 |
New generation: Pensil Warna : 2014 |
No comments:
Post a Comment