Tuesday, November 12, 2013

Studio Kawthar (telagafakir) bahagian iii

Seorang sahabat telah menegur aku, tentang nama studio telaga fakir. Katanya nama tersebut juga adalah doa. Jadinya aku mengambil keputusan untuk menukar nama baru studio aku iaitu  studio Kawthar. Nama baru ini aku ambil dari surah al Kawthar yang bermaksud "nikmat yang banyak". Surah tersebut mengandungi tiga ayat " Dimulai dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) sebuah telaga di syurga. Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). Sesungguhnya orang yang membenci mu, dialah yang terputus (daripada rahmat dan kebaikan).



Sudah lama aku tidak menulis, ini disebabkan aku banyak menyiapkan taman. Kebiasaanya pada waktu cuti semester aku akan mengambil cuti panjang untuk menyiapkan taman. Begitu juga diwaktu lepas kerja dan cuti umum, jika tidak ada aktiviti lain.


Gambar-gambar ini adalah antara kerja-kerja penghasilan taman yang telah mengambil masa lebih dari setahun.
Ini adalah laluan diantara rumah dan studio

Ini pula laluan disebelah belakang studio 
Ini adalah laluan melalui pintu belakang studio aku, yang mana aku gabungkan batu lombong dan bata merah






1 comment:

Unknown said...

assalamualaikum,, pn. zainon abdullah..saya ingin bertanya adakah puan menerima sebarang lepasan universiti dalam bidang seni halus di studio puan?