Saturday, November 16, 2013
Muh Sarip : karyawan negeri bawah bayu
Tuesday, November 12, 2013
Studio Kawthar (telagafakir) bahagian iii
![]() |
Tuesday, January 17, 2012
Hamidi Hadi : Studio Rumah Kedai Pintu Besi
Karya 2 ini aku lihat seolah-olah seperti hujan asid yang turun dengan lebatnya mencurah dimuka bumi yang meruap, kepanasan. Fanomena global warming yang kian memuncak diakhir-akhir ini seperti mengilhamkan Hamidi untuk menghasilkan karya ini, atau pun Hamidi mempunyai mesejnya yang tersendiri. Dari apa yang kami perbualkan Hamidi tertarik dengan bahan industri yang dijadikan bahan utama karyanya. Beliau mencampurkan warna industri dengan resin dan poly finish antaranya untuk menghasilkan ekperimentasi karya.Namun begitu kemajuan teknologi dan industri yang sangat cepat dewasa ini telah menyebabkan dunia dan sistem ekologi menjadi tidak seimbang. Industri berlumba-lumba dengan teknologi sehingga membelakangkan sistem ekologi, sebenarnya akan mengundang kemusnahan.
Karya 3 : Gambar close up
Dalam karya 3 ini Hamidi, membekukan resin dengan menterbalikan karya sehingga titis hujan nampak secara sebenar dengan ketebalan hampir 1 inci. Curahan resin yang seolah-olah melekit tersebut juga mencerminkan apa akan terjadi kepada dunia suatu hari nanti, apabila pembangunan diantara nilai spiritual dan kerohanian tidak bergerak selari.
Karya ini mungkin mencerminkan kemusnahan alam melalui kitaran ekologi dimana tangan-tangan manusia yang mencipta kemajuan industri dan kemajuan teknologi yang tidak selari dengan pembangunan spiritual akan berdepan dengan kemusnahan alam itu sendiri. Namun kemusnahan alam itu bukanlah akan menimpa tangan-tangan mereka sahaja, bahkan kita sebagai penghuni alam pun akan turut merasai tempiasnya.
Karya 4: Untitled (living in artificial valley ii), 122 x 122 cm, 2010
Karya 4, tanpa tajuk ( kehidupan dilembah tiruan ii) ini adalah gambaran keresahan saudara Hamidi tehadap kehidupan dunia moden hari ini yang dipenuhi dengan gejala tiruan. Lembah tiruan bermaksud suasana dunia sementara yang dikejar sehinggakan kita terlupa dunia sebenar (alam kekal). Industri dan teknologi moden telah memudahkan kehidupan. Namun sifatnya yang mudah berkecai akan memudaratkan kehidupan. Pengembangan kehidupan moden yang memisahkan nilai spiritual seolah-olah seperti luahan saudara Hamidi terhadap fanomena masa kini. Sifat kucar kacir dalam sapuan dan renjisan karyanya seperti membuat kesimpulan tentang nilai-nilai pegangan hidup masa kini yang semakin berderaiGambar dibawah : Studio Rumah Kedai Pintu Besi
Antara karya-karya lain
Friday, October 14, 2011
Pembikinan Studio Telagafakir bahagian ii
Petang semalam (13.10.2011) aku minum dengan Paiman dan kawan-kawan. Paiman bertanya kepada aku lama tak melukis?, aku dok siapkan bahagian hadapan taman, kata aku. Sudah lebih tiga bulan aku tak naik Cameron Highland (menunggang motosikal) dan melukis . Aku menyiapkan beberapa bahagian hadapan taman, ini terutamanya bahagian kolam telaga fakir. Aku gantikan batu-batuan kecil ala taman Jepun dengan kepingan batu dengan kekemasan bersimen. Ini bagi memudahkan aku menyelengara sampah daun buluh yang begitu banyak luruh. Komposisi kepingan batu dan batu besar aku gandingkan dengan kemasan simen tersebut menyenangkan kerja -kerja penyelenggaran taman. Namun begitu ada beberapa bahagian yang telah matang terutamanya dibahagian tepi studio tidak aku usik.

Gambar di bawah: Gubahan kepingan batu kekemasan bersimen
Cuma pada awal tahun ini aku banyak menumpukan kepada pembikinan sungai ditengah studio aku. Sungai tersebut aku komposisikan batuan pelbagai jenis textura dan warna. Batuan berwarna kuning dan kemerahan tersebut aku kutip dari air terjun Lubuk Kawah (kawasan air panas). Aku gandingkan dengan batuan granit yang dikutip dari Jeram Ulu Licin. Aku seronok berinteraksi dengan alam Allah yang maha indah ini. Kadang-kadang aku dok ralit tidak melukis kerana asyik dok buat taman. Paiman kata hang tak melukis pun tak pa taman tu kira instalasi hang la. Tak pa la man janji berkarya tak kira la macamana karyanya, tambah aku.
Alhamdulillah lebih kurang lima tahun aku membina taman studio telagafakir ini. Dulu sebelum membeli rumah ini sejak dari masa belajar di Itm lagi aku berangan-angan untuk memiliki rumah, studio dan taman sekaligus memerangkap taman yang mempunyai arca persekitaran. Setiap kali aku membelek taman-taman Jepun aku berangan-angan untuk pergi kesana. Syukur pada tahun 1989 apabila aku tamat pengajian di Itm aku ditawarkan kursus selama setahun disana. Dengan demikian umpama pucuk dicita ulam mendatang. Aku tidak lepaskan peluang keemasan tersebutSambil berkursus aku melawat taman-taman Jepun yang berusia ribuan tahun. Terutamanyanya taman-taman klasik di Kyoto.
Dengan pengalaman sebagai pelukis dan pengarca yang ada padaku aku rekakan taman ini menjadi sebuah Taman Nusantara Timur.Monday, August 1, 2011
Realisma Mata Burung : Hamdan Shaarani




Wednesday, April 7, 2010
Studio Raja Besi : Raja Shahriman
Semenjak berpindah ke Perak dari 2002 sehingga kini, baru dua kali ke studio Raja Shahriman. Terakhir 26.3.2010 lalu. Aku bersama Hamidi telah ke Studio RS. Pada 28.3.2010 kami bertiga bertemu lagi di Cameron Highland, Man dan geng harleynya, aku dan midi bersama geng Ipoh bikers. Kami mengambil angin dengan cara masing-masing. Minggu lepas Man ke Kelantan menyertai perhimpunan bikers besar, dimana hampir 900 buah motor berkumpul di Stadium Sultan Mohamad, Kota Baharu. Aku, midi dan Mie Tular seperti biasa ke Cameron Highland.Berbalik kepada RS atau kami memangilnya Man. Man merupakan junior aku semasa dikolej dulu, jadinya kami agak rapat. Dari dulu lagi Man sememangnya berminat kepada besi. kami pernah buat pameran seni arca di Foyer Fssr ITM, Shah Alam dulu (1987), Man menghasilkan besi-besi tajam, berobjekan seperti lipan antaranya. Man merupakan satu-satu karyawan yang berpegang teguh kepada arca. Satu persatu arcawan terkubur kerana faktur persekitaran, ruang dan setor, namun Man percaya dengan sifat waja yang terdapat pada besi.
Keputusannya pulang kekampung halaman dan menjalani kehidupan sederhana dan menjalani kehidupan seperti pandai besi lampau memang tepat. Beliau membeli rumah papan lama yang dipasang semula menampakan lagi suasana kekampungan. " Rumah Man buruk sahaja katanya", tidak mengapa Man nanti di syurga Allah akan bagi kita rumah cantik, semoga kita sama-sama mendapat keredhoan Allah, tambah aku.
Aku membayangkan apabilan Man mengetuk besi tentunya bunyi bising memekakkan telinga. Rupanya andaian ku salah, besi yang di bakar menjadi lembut dan apabila di ketuk ia mengikut bentuk, rupa dan rentak yang diigini oleh pengetuknya. Besi yang kuat dan gagah tiba-tiba menjadi tunduk dan menghormati kehendak pengetuknya. Dengan mengunakan kepakaran pandai besi Man menformasikan acra nya dengan pelbagai siri, terkini rentak Abad ke 21, monolog-monolog Raja Shahriman.
Aku teringat lagi semasa kali pertama ke studio beliau, RS telah menunjukkan aku sebuah kitab yang membicarakan tentang kalimah syahadah. katanya lagi kita wajib mempelajarinya jika kita bersyahadah dengannya. Aku terkedu juga kerana ilmu tentang syahadah sahaja mempunyai kitab khas. Moga-moga kita sama-sama mengejar dunia dan tidak lupa akhirat dan "alangkah indahnya jika kita manusia yang gagah, tiba-tiba menjadi tunduk dan menghormati kehendak penciptaNya".
Antara karya terbaru beliau

Dipetik dari buku rhythm of the 21 st century monologues of Raja Shahriman
Gejolak api 2008

Panji Hitam 2008
Friday, March 26, 2010
View Finder Studio: Mohd Aminudin Osman
Beberapa hari yang lepas penulis dan Hamdan telah ke Studio View Finder di Bandar Baru Botani, berdekatan dengan Simpang Pulai. Studio tersebut dimiliki oleh Mohd Aminudin Osman, Seorang pelukis realis dan semi abstrak yang berkecimpung sebagai pelukis sepenuh masa. Selain menghasilkan karya beliau juga menghasilkan potret Di Raja. Beliau telah melukis potret Raja Perak, potret Di Raja dan kerabat Kedah dan terkini potret di Raja negeri Sembilan. Kehalusan dan ketepatan pengamatan beliau membuatkan hasil sesuatu karya tersebut menjadi halus dan berseni. Selain dari itu M. Amin juga menghasilkan karya kontemporari beliau. Terdapat dua siri yang berbeza iaitu siri semi abstrak dan realis.Melalui siri semi abstrak M. Amin membuat komposisi anatomi badan manusia yang di komposisikan secara ambigious dengan mengabungkan latar hadapan dan belakang sebagai satu format. Kebanyakan lukisan semi abstrak beliau menggunakan warna yang terang. Karya kontemporari beliau yang terkini merupakan catan potret wajah orang peribumi yang digambarkan secara realis. Walaubagaimana pun catan tersebut berbeza debgan catan potret di Raja yang lebih halus. Catan wajah peribumi menggunakan sapuan berus yang sedikit kasar untuk mendapat tindanan warna. Palitan berus tersebut yang di buat secara cross-hatching, berupaya manampakan beberapa lapisan warna dibahagian bawah. Kesan warna tersebut membuatkan karya ini nampak menarik















