Saya menghasilkan karya-karya ini dengan membiarkan peristiwa semasa yang saya lalui menterjemahkan minda dan emosi saya secara intuitif . Terjemahan intuitif tersebut mengawal emosi dan membentuk perbezaan karya. Karya yang bertajuk Puisi Alam 1, misalnya menggunakan emosi yang terkawal, namun karya selepas itu terutamanya selepas saya ada face book, kesan emosinya menjadi lebih mendalam. Menjadikan karya saya lebih ekpresif, walaubagaimana pun saya masih dapat mengawal lagi emosi saya yang saya gabungkan prinsip seni barat dan melayu nusantara.
Walaupun ada karya-karya itu menjerit tetapi saya selikan dengan aturan timur, dimana saya memasukan elemen jalinan rekaan pada pohoh-pohon untuk menjadikan rentak bersabar dalam segala ujian dan halangan kehidupan. Didalam nada ekpresif tersebut saya selitkan unsur kerumitan yang menandakan nilai kesabaran bagi menghadapi perjalanan kehidupan.
Karya melalui pameran ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu pertama bahagian lukisan dan puisi serta kedua karya lukisan tanpa puisi. Sebenarnya saya pun tidak yakin sangat apakah bait-bait yang saya tulis layak di panggil puisi. ini adalah kerana saya hanya suka-suka berpuisi tetapi tidaklah mempunyai minat yang mendalam. Saya hanya cuba-cuba untuk menenangkan hati sewaktu remaja dan disambung hingga masa di itm pertengahan 80an.Kemudian sekali sekala ketika teringin berpuisi saya layan puisi. Walaubagaimanapun untuk karya lukisan dan puisi ini saya agak serius cuba menyusun bait-bait puisi. Biasanya saya nukilkan puisi selepas sesuatu karya itu disiapkan. karya tersebut menjadi inspirasi bait-bait puisi saya. Kadang-kadang ia tidaklah membawa makna secara total sesebuah lukisan, sebaliknya puisi tersebut adalah cerita persekitaran saya. Persekitaran studio saya yang saya bina taman tropika Jepun, persekitaran politik, persekitaran georafi, persekitaran pemanasan bumi, persekitaran dunia yang bercelaru dan persekitaran negara yang pelbagai telah menjadi latarbelakang puisi dan lukisan saya
Bahagian 1 ; Lukisan dan Puisi
Angin
Angin
Wajahmu tiada
Tiupanmu dingin
Mengusap fotosintesis
Dedaunan
Kau alihkan karbon
Dari kami
Lalu kau hembus oksijen
pada kami
Hingga kami
Terasa sungguh nyaman
Studi Puisi Alam 2. 2019. 38 x 38 cm. Akrilik.2019 |
Pepohon
Dan pepohon pun
menangis teresak-esak
kerana dipaksa berhenti menganyam udara
Studi Puisi Alam 3. 42 x 29.5 cm. Akrilik diatas kertas. 2019 |
Di sini
Disini kami
Boleh lagi bersarapan
sambil mendengar
kicauan burung
disini pembangunannya
masih lagi lestari
Kita resah
Hingga rasa
Sungguh malang
Tanpa kita sedari
Pagi ini kita masih lagi
Dapat menghirup
udara segar
Yang diberi
Secara percuma
Oleh Allah
Berapa lama kamu tinggal di sana
Satu hari
Berapa lama kamu tinggal disana
Sekerat hari
Atau sepagi
Berapa lama kamu tinggal disana
Sekelip mata
Paling lama kita tinggal disini
Jaraknya antara
Fajar sidik
Dan lembayung senja
Salam senja
Aku kan pulang menemui Mu
Studi Puisi Alam 8. 2019. 42 x 29.5 cm. Akrilik diatas kertas |
Lampu malam
Allah tutup siang
Dengan malam
Lalu Allah buka
Lampu malam
Sungguh indah
Tanda kebesaranNya
Studi Puisi Alam 9. 2019. 42 x 29.5 cm. Akrilik diatas kertas |
Kiswah Hitam
Sebentar lagi
Matahari merah
Kan pulang
Lalu malam
Menyambutnya
Dengan penuh santun
Dan menyelimutinya
Dengan kiswah hitam
Hingga terlena
Dengan nyenyaknya
Hingga dinihari
Risau hati ku risau
Yang kalah jadi abu
Yang menang jadi arang
Risau hati ku risau
Wahai penangguk
Di air yang keruh
Seronok kah engkau
Pabila bumi Malysia ini
Menjadi merah
Pohon-pohon tinggal ranting
Udara menjadi toksid
Kau laungkan semangat perang
Sudah bosankah engkau
Menghirup udara
Segar keamanan
Kau mahu jadi dubuk
Yang meratah daging keamanan
Wahai penangguk
Diair keruh
Hentikan semboyan
Perang mu
Jangan kau menjadi dubuk
Yang memakan
Daging keamanan
Lebih baik kau jadi lembu
Yang mana dagingnya
Memberi vitamin
Dan manfaat kepada
Manusia dan Malaysia
Bumi menjadi makin panas
Kerana bahang
Api rakus
Tangan-tangan manusia
Bumi menjadi
Kabut jerebu
Mujur ada zikir
Pohon-pohon
Batu-batu
Binatang-binatang
Dan hamba Allah
Yang soleh
Allau halau hujan
Untuk melenyapkan
Kabut jerebu
Tidak terhitung
Zikirnya dedaunan
Setia dan taat
Berterusan
Patuh pada
Yang Maha Esa
Apabila udara bergetar
Akibat lantunan
Zikir dari alam
Jantung kita pun
Turut bergetar
Mengegar
Menyambut tasbihNya
Dari zikir alam
Zikir dari alam
Bergema bergetaran
Dari perut bumi
Memenuhi ruang bumi
Sehingga ke langit
Dalam tidak sedar
Getaran gelombang itu
Menusuk qalbu
Menerusi jantung kita
Sehingga menjana
Tenaga segar aroma taman bunga
Wahai Tuhan kami
Sungguh indah
Bumi mu
Dikala kau
Tarik selimut malam
Lalu kau hamparkan
Permaidani siang
Siapakah yang menggarak
Awan ke lembah gersang
Siapakah yang menumbuhkan
Pohon-pohonan
Siapakah yang menuras karbon
Siapakah yang menyaringkan oksijen
Siapakah yang mewarnakan
Merah, oren, kehijauan
Studi Puisi Alam 20. 2019. 42 x 29.5 cm. Acrylic on paper |
Air Tangan
Dan... apabila bumi
Menjadi merah
ia akan merekah
Lalu mengalir
Seperti sebuah sungai
Deras...
Dek....kerana dari
Air tangan
Tangan manusia
Studi Puisi Alam 24. 2019. 42 x 29.5 cm. Acrylic on paper |
Bersih
Kita bangun bersama
Matahari
Sinarnya ceria
Udaranya bersih
Sudah tertapis
Hiruplah sepuas-puasnya
Tanpa perlu membayarnya
Secara tunai
Bayaranya
Cuma bersyukur
Cuma berterima kasih
Studi Puisi Alam 26. 2019. 42 x 29.5 cm. Acrylic on paper |
Ratah
Kata mu
Tender terbuka
Tapi kau telah bela
Pegawainya
Katamu lagi
Menang, menang
Sama-sama makan
Kata mu lagi
Duit adalah raja
Bila kau dapat projek
Kau pun bermaharajalela
Kau tarah
Kau jarah
Dan kau ratah
Sungguhpun sebahagian
Dari kamu
Amat-amat tidak menyukai ku
Kau ratah bumi ku
Ku kan tetap berbakti hingga
Akhir jasadku
Ambilah aku
Dan jadilah aku seberkas kayu api
Itu lebih baik dari meminta-minta
Apatah lagi
Meminta dari bawah meja
Wahai hutan kami
Sudikah engkau menyimpan air
Untuk kami
Dan generasi
Yang akan datang
Sedangkan
Sebahagian dari kami
Amat-amat memusuhi mu
Badan bumi semakin panas
Demamnya menjadi-jadi
Kata bumi
Bawa aku pergi jumpa doktor
Kalau-kalau ada pil
Yang boleh
Apabila tanah
Sudah tidak
Dapat menahan
Kesabaran api
Dan apabila api
Sudah tidak dapat
Menahan kesabaran angin
Maka maraklah ia
Semakin panas
Allah hantarkan angin
Untuk tingkatkan iman
Allah hantarkan ribut
Untuk tingkatkan iman
Siapalah kita
Untuk menahan angin
Siapalah kita
Untuk menahan ribut
Apatah lagi angin dan ribut masyar
Keindahan dan kecantikan dunia
Direntap oleh
Kedatangan angin deras
Keindahan dan kecantikan dunia
Direntap dengan
Kedatangan angin sakratulmaut
Pujalah keindahan dan kecantikan dunia
Dengan iman dan taqwa
Kata mu penuh kesedihan
Fanomena pemanasan global
Akibat dari ketamakan manusia
Mereka para kapitalis
Ketawa terbahak-bahak
Sambil mabuk-mabuk lagi
Kata mereka kalau ada duit
semua boleh jadi
Yang lainya tak mahu
Menerima manusia kembali
Berat tanggunjawab
Dan amanah katanya
Yang sudi
Menerima manusia kembali
Hanyalah tanah
Studi siri Puisi Alam 35. 2019. 42 x 29.5. Acrylic on paper |
Bersihkanlah
Bersihkanlah tanda hitam
Dan senjaluka dihati mu
Dengan air sembahyang
Studi siri Puisi Alam 36. 2019. 42 x 29.5 cm. Acrylic on paper |
Engkau isteriku
Tatkala aku marah
Engkaulah penyejuknya
Tatkala kau marah
Akulah penyejuknya
Terima kasih Tuhan
Kerana Engkaulah
Yang memberi redho
kami mengawal
Laras suhu marah
Studi siri Puisi Alam 37. 2019. 42 x 29.5 cm. Acrylic on paper |
Bahagian 2; Catan, lakaran dan studi
Studi siri Tari Rimba 1. 2020. 30 x 40 cm. Acrylic on canvas |
Studi siri Tari Rimba 2. 2020. 30 x 40cm. Acrylic on canvas |
Studi siri Tari Rimba 3. 2020. 30 x 40 cm. Acrylic on canvas |
Studi siri Tari Rimba 4. 2020. 70 x 45 cm. Acrylic on canvas |
Studi siri Tari Rimba 5. 2020. 70 x 45 cm. Acrylic on canvas |
Studi siri Tari Rimba 6. 2020. 70 x 45 cm. Acrylic on canvas |
Studi siri Tari Rimba 8. 2020. 70 x 45 cm. Acrylic on canvas |
Tari Rimba. Seperti di serang garuda.2020. 70 x 70cm. acrylic on canvas |
Tari Rimba, Hey kalau tiada angin bagaimana pokok bergoyang.2020. 70 x 70 cm. Acrylic on canvas |
Tari Rimba 1.2020. 70 x 70 cm. Acrylic on canvas |
Tari Rimba. Covid 19- Dunia seperti terjungkit. 2020. Acrylic on canvas |
Tari Rimba, Mimpi ngeri Novela Corona. 2020. 70 x 70cm. Acrylic on canvas |
Tari Rimba, terkurung. 2020. 70 x 70 cm. acrylic on canvas |
Tari Rimba, ruang udara masih ada covid 19. 2020. 70 x 70 cm. Acrylic on canvas |
Tari Rimba, Kesunyian dek corona. 2020. 38 x 38 cm. Acrylic on canvas |
Tari Rimba, covid 19- ya Allah ampuni kami. 2020. 38 x38 cm. Acrylic on canvas |
Tari Rimba, covid 19. Langit masih suram.2020. 38 x 38 cm. Acrylic on canvas |
Tari Rimba, covid 19. Terbelenggu. 2020. 38 x 38 cm. Acrylic on canvas |
Tari Rimba, covid 19. Tsunami senyap |
Tari Rimba, covid 19. Bumi menjerit. 70 x 92 cm, acrylic on canvas |
Tari Rimba, corona datang bersama pintu taubat. 2020. 134 x 109 cm. Acrylic on canvas |
Tari Rimba, Angin covid 19- 1. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink on paper |
Tari Rimba, angin covid 19 - 2. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink on paper |
Tari Rimba, Angin covid 19 - 3. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink on paper |
Tari Rimba, Angin covid 19 - 4. 2020. 42 x 29.5 Ink on paper |
Tari Rimba, Angin covid 19 - 6. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink on paper |
Tari Rimba, Angin covid 19 - 10. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink on Paper |
Tari Rimba, Angin covid 19 - 16. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink on paper |
Tari Rimba, Angin covid 19 - 15. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink on paper |
Tari Rimba, Angin covid 19 - 14. 2020. 42 x 29.5. Ink on canvas |
Tari Rimba, Angin covid 19 - 4. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink on paper |
Tari Rimba, Angin covid 19 - 17. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink on paper |
Tari Rimba , angin covid 19 - 12. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink on paper |
Tari Rimba Angin covid 19 - 18. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink diatas kertas |
Tari Rimba angin covid 19 - 19. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink on paper |
Tari Rimba angin covid 19 - 20. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink on paper |
Tari Rimba angin covid 19 - 28. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink on paper |
Tari Rimba angin covid 19 - 26. 2020. 42 x 29.5 cn. Ink on paper |
Tari Rimba angin covid 19 - 27. 2020. Ink on paper |
Tari Rimba angin covid 19 - 26. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink on paper |
Tari Rimba angin covid 19 - 39. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink on paper |
Tari Rimba angin covid 19 - 37. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink on paper |
Tari Rimba angin covid 19 - 35. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink on paper. |
Tari Rimba angin covid 19 - 34. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink on paper. |
Tari Rimba angin covid 19 - 33. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink on paper |
Tari Rimba angin covid 19 - 32. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink on paper |
Tari Rimba angin covid 19 - 31. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink on paper |
Tari Rimba angin covid 19 - Sinar harapan 5. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink on paper |
Tari Rimba angin covid 19 - sinar harapan 4. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink on paper |
Tari Rimba angin covid 19 - sinar harapan 2. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink and acrylic on paper |
Tari Rimba angin covid 19 - sinar harapan 1. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink and acrylic on paper |
Tari Rimba angin covid 19 - sinar harapan 7. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink and acrylic on paper |
Tari Rimba angin covid 19 - sinar harapan 6. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink and acrylic on paper |
Tari Rimba angin covid 19 - sinar harapan 8. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink and acrylic on paper |
Tari Rimba angin covid 19 - sinar harapan 9. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink and acrylic on paper |
Studi siri Tari Rimba 8. 2020. 70 x 45 cm. Acrylic on canvas
Tari Rimba covid 19 - sinar harapan 10. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink and acrylic on paper
Tari Rimba covid 19 - sinar harapan 13. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink and acrylic on paper
Tari Rimba covid 19 - sinar harapan 14. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink and acrylic on paper
Tari Rimba covid 19 - sinar harapan 15. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink and acrylic on paper
Tari Rimba covid 19 - sinar harapan 18. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink and acrylic on paper
Studi Tari Rimba . Normal Baharu 7. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink and acrylic on paper
Studi Tari Rimba . Normal Baharu 9. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink and acrylic on paper
Studi Tari Rimba . Normal Baharu 10. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink and acrylic on paper
Studi Tari Rimba . Normal Baharu 11. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink and acrylic on paper
Studi Tari Rimba . Normal Baharu 12. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink and acrylic on paper
Studi Tari Rimba . Normal Baharu 13. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink and acrylic on paper
Studi Tari Rimba . Normal Baharu 20. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink and acrylic on paper
Studi Tari Rimba . Normal Baharu 19. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink and acrylic on paper
Studi Tari Rimba . Normal Baharu 17. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink and acrylic on paper
Studi Tari Rimba . Normal Baharu 15. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink and acrylic on paper
Studi Tari Rimba . Normal Baharu 42. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink and acrylic on paper
Studi Tari Rimba . Normal Baharu 43. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink and acrylic on paper
Studi Tari Rimba . Normal Baharu 18. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink and acrylic on paper
Studi Tari Rimba . Normal Baharu 23 . 2020. 42 x 29.5 cm. Ink and acrylic on paper
Studi Tari Rimba . Normal Baharu 36. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink and acrylic on paper
Studi Tari Rimba . Normal Baharu 37. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink and acrylic on paper
4 comments:
Tahniah En Zainon!
Karya segar bersesuaian dgn situasi semasa- COVID 19, yang mana pencemaran alam berkurangan semenjak manusia diperintah lockdown. Karya yang dihasilkan juga sangat intricate menuntut kesabaran pembuat dan juga menuntut kesabaran mata yg melihat@menontonnya.
terima kasih
Tahniah...warna2 segar dan menarik
Tahniah atas usaha yang tidak mengenal lelah
Post a Comment