Friday, March 26, 2010

View Finder Studio: Mohd Aminudin Osman

Beberapa hari yang lepas penulis dan Hamdan telah ke Studio View Finder di Bandar Baru Botani, berdekatan dengan Simpang Pulai. Studio tersebut dimiliki oleh Mohd Aminudin Osman, Seorang pelukis realis dan semi abstrak yang berkecimpung sebagai pelukis sepenuh masa. Selain menghasilkan karya beliau juga menghasilkan potret Di Raja. Beliau telah melukis potret Raja Perak, potret Di Raja dan kerabat Kedah dan terkini potret di Raja negeri Sembilan. Kehalusan dan ketepatan pengamatan beliau membuatkan hasil sesuatu karya tersebut menjadi halus dan berseni. Selain dari itu M. Amin juga menghasilkan karya kontemporari beliau. Terdapat dua siri yang berbeza iaitu siri semi abstrak dan realis.

Melalui siri semi abstrak M. Amin membuat komposisi anatomi badan manusia yang di komposisikan secara ambigious dengan mengabungkan latar hadapan dan belakang sebagai satu format. Kebanyakan lukisan semi abstrak beliau menggunakan warna yang terang. Karya kontemporari beliau yang terkini merupakan catan potret wajah orang peribumi yang digambarkan secara realis. Walaubagaimana pun catan tersebut berbeza debgan catan potret di Raja yang lebih halus. Catan wajah peribumi menggunakan sapuan berus yang sedikit kasar untuk mendapat tindanan warna. Palitan berus tersebut yang di buat secara cross-hatching, berupaya manampakan beberapa lapisan warna dibahagian bawah. Kesan warna tersebut membuatkan karya ini nampak menarik







Friday, May 22, 2009

Studio Desa : Aznan Omar


Kami memanggil Aznan Omar, sebagai Nan. Beliau membeli sebidang tanah lot dibelakang rumahnya, semata-mata untuk membina studio dan galeri. Fasa pertama gambar diatas adalah Studio Desa.

Sejak balik dari U.K. beliau lebih menumpukan bidang pengarcaan. Pagi ini penulis berpeluang mengambil beberapa gambar beliau sedang menyiapkan karya arca. Gambar dibawah ialah seekor ikan yang telah siap di casting dari imej asalnya.

Nan antara pelukis muda negara yang mewarnai kelompok pelukis Seri Iskandar. Secara tidak langsungnya dalam diam kelompok Seri Iskandar dan pelukis Perak telah membina peta seni dunia di negara kita. Usaha murni ini semoga berterusan dan menjadi wadah budaya dan bangsa.


















Thursday, May 21, 2009

Studio Ofis : Izzadin Matrahah

Ruang pejabat 8x16 kaki adalah medan Izzadin mempraktikan ilmu seni lukis bagi memantapkan proses pengajaranya. Sungguh pun ruang tersebut bersaiz kecil beliau mampu memaksimumkan penggunaan ruang yang minimum. Di sinilah seorang pengajar dan pelukis berkarya untuk memperkembangkan wadah kebudayaan bangsa dan negara.

Ada orang mengatakan melukis memerlukan ruang yang besar, studio yang hebat. Namun Izadin berupaya memperkembangkan kreativitinya umpama kata pepatah "hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih". Keinginan yang kuat dan semangat beliau yang membara membuatkan beliau terus berkarya tanpa jemu.

Sebagai pendidik beliau tidak mahu dilabelkan sebagai cakap tidak serupa bikin oleh anak didiknya. Lagi pula mempraktikan ilmu yang diajar merupakan perkembangan budaya intelektual yang sihat. Penulis pernah melawat beberapa universiti di negara matahari terbit. Nagoya Universiti misalnya menyediakan studio seluas 15x30 kaki untuk penyarah / pelukisnya. Mereka berpendapat studio yang disediakan tersebut disamping pensyarahnya mempraktikan ilmu, dalam masa yang sama mereka boleh membawa anak didik bagi kegiatan pendidikan secara bersemuka.







Studio Gunung Raya : Mohd Tajali Abdullah


Kami memanggil beliau TJ, sahabat lama semasa sama-sama mengajar di tahun 1 Fakulti Senilukis Senireka UiTM Shah Alam. Beliau kini di Universiti Multimedia. 14 mei 2009 lalu kami bertemu di Pameran 365 hari Paiman. TJ bercerita tentang Studio Gunung Raya di Langkawi. Studio yang tingginya hampir 50 kaki tersebut merupakan angan-angan lama beliau yang kini bertukar menjadi realiti. Semasa melayan angan-angan "mimpi gila" tersebut, beliau tidak mengeluarkan wang walau sesen pun. Namun apabila impian beliau bertukar menjadi realiti banyak wang dikeluarkan sehingga ada yang mengelarkan projek gila. Tambah aku pada TJ semasa belajar Al quran dulu , guru quran tersebut juga berkata kalau mahu pandai membaca quran, kita mesti gila baca quran. Jadinya kegilaan TJ untuk merealisasikan projek Studio Gunung Raya kena pada tempatnya. Disebabkan pemikiran beliau terkeluar dari zaman maka orang normal tidak dapat menerimanya.

Tujuan beliau membina studio tersebut antara lain ialah untuk membuat Art Camp. TJ merealisasikan impiannya untuk bertukar-tukar program seni visual sedunia. Studio yang dibina berlatar belakangkan kaki gunung Raya tersebut digabungkan dengan alam dimana pada malam hari kita dihiburkan oleh bunyian fauna dan orkestra kodok. Dalam pada itu atap ditingkap atas dibiarkan lutsinar bagi tujuan memerhati bintang-bintang. Air terjun yang terletak diatas bukit tersebut pula adalah nyayian alam yang bakal menghiburkan peminat. Sementara ruang sekeliling di tingkat atas dibiarkan tidak berdinding, bagi tujuan menghayati keindahan alam ciptaan Allah
Kini sewaktu dunia menghadapi gelombang pemanasan global muncul seorang anak seni bertindak sebagai individu berusaha menyuburkan seni tampak dan menyelamat bumi dari ditarah oleh sinafsu serakah. Semoga Studio Gunung Raya menjadi satu mercu tanda dunia seni visual yang suatu hari nanti akan menjadi kemegahan negara.

Tuesday, May 19, 2009

Studio Suak Sodang : Suhaimi Tular

Semenjak berpindah dari Shah Alam (April 2002) ke Seri Iskandar, sehingga kini Suhaimi sinonim dengan persekitaran Studio Suak Sodang. Walaupun bertugas di Yaman Selama tiga tahun Suhaimi masih menyewa rumah "open space" di Suak Sodang. Studio Suak sodang dikekalkan berkonsep terbuka dengan gabungan tumbuhan diruang luar dan bahagian dalamannya. Pokok buluh di komposisikan dengan palma , bunga kertas dan lainnya membentuk suasana taman yang matang.


Gambar diatas suasana diluar studio; Gambar dibawah suasana didalam studio



Bilik atas dijadikan ruangan peribadi, sementara bilik bawah dan ruang tamu telah menjadi kawasan menghasilkan karya. Suhaimi bijak menggunakan ruang yang ekonomis. Sambil mentelaah beliau menghasilkan karya dengan bertemankan pokok-pokok dan anak ikan guppy. Dihari minggu Suhaimi gemar melapangkan mindanya sambil menambahkan koleksi bank imej beliau dengan panorama alam persekitaran Cameron Highland. Kadang-kadang beliau melayan selekoh Cameron-Simpang Pulai yang berliku-liku. Keindahan diantara studio Suak Sodang dan Cameron Highland kadang-kadang diabadikan didada kanvas sehingga menghasilkan karya-karya yang menawan.

Studio Suak Sodang menyimpan pengalaman diantara seorang pendidik, pengkarya dan juga bikes.


Gambar bawah Suhaimi Tular dan Black Bird















Tanpa Tajuk 1 , Karya semasa di Yemen


Tanpa Tajuk 2 : 2006




Tanpa tajuk 3: 2006














Tanpa Tajuk 4: 2007













Wednesday, May 13, 2009

Studio Kantan ; Hamdan Shaarani

Dua hari yang lepas penulis ke rumah Hamdan, tetapi gambar kurang bagus kerana cuaca agak mendung. Alhamdulillah pagi ini cuaca bersinar dengan baik sekali. Studio Kantan diberi nama sempena kampung tersusun Seri Kantan yang didudukinya. Sekitar 2008 selepas lawatan silaturahim oleh Ahmad Shukri Mohamed (Mat Yie), Hamdan membina Studio Kantan dalam tempoh seminggu. Sinis oleh Mat Yie telah berjaya meransang perancangan pembinaan studio oleh Hamdan.

Mat Yie telah menyindir Hamdan secara seloka yang mana Hamdan begitu terkenal suatu ketika dahulu, tapi kini sudah tenggelam. Tambahnya lagi beliau mempunyai kawasan yang luas tetapi tidak mahu buat studio.





Studio memainkan peranan penting untuk menghasilkan karya, dimana sebagai tenaga pengajar kita boleh mempraktikkan teknik-teknik baru. Malah studio juga membolehkan kunjungan rakan artis dan menjadi tempat wacana dan kritikan seni.









































Monday, May 11, 2009

Studio telagafakir : Zainon Abdullah

Hari ini cadang hendak menulis studio Suhaimi Tular. Tetapi terlupa pula bawa kamera, jadinya penulis mengambil keputusan untuk menceritakan proses penghasilan studio telagafakir. Gambar ini diambil pada tahun 2005 semasa proses awal pembikinan studio telagafakir. Penulis memilih kayu dari rumah lama dengan pintu dan sepasang tingkap asal. Tujuannya supaya penulis dapat mengimbau kembali nostalgia tinggal dirumah kampung semasa kecil-kecil dahulu.

Penulis gabungkan sedikit laman dan persekitaran ala taman Jepun. Ini pun nostalgia juga, iaitu kenangan berada disana selama setahun. Hampir setiap rumah di Jepun mempunyai taman (walaupun bersaiz mini ataupun Bonsai). Mereka menyiapkan rumah beserta dengan tamannya sekali tanpa mempunyai ruang untuk ditambah lagi. Ini menyebabkan bila kita berada di kawasan perumahan tersebut, kita seperti berada dalam taman. Penulis gabungkan Pakis gajah, pokok puding dan buluh antaranya untuk menampakan persekitaran hutan.

Terima kasih yang Maha Esa
kerana mengizinkan hambamu
mengukir bentuk
mengores lakar
Di teratak fana ini
Ku pohon restu mu
ku pohon hidayah mu

Jangan lah kau hanyutkan aku
Di lembah yang tidak keruan
Ingatkanlah aku seperti seruan mu
seperti bayang yang sentiasa sujud
Hanya pada mu, yang Maha Esa


Gambar dibawah & dikanan diambil pada Mei 2009