Thursday, January 13, 2022

 Kata orang buat bentuk hebat karya akan jadi hebat. Saya tidak tahu karya saya hebat atau tidak. Saya hanyalah meneruskan rutin saya yang tidak boleh berhenti melukis. Sudah hampir 30 tahun  melukis dan terus melukis. Sebagai pendidik saya terus berekperimentasi mengolah karya untuk dijadikan batu loncatan mengajar. 

Karya terkini saya masih menggunakan subjek pokok dan alam. Kalau dahulu pokok-pokok yang saya lukis membawa kisah pohon-pohon mati yang terjadi akibat dari tindakan tangan-tangan manusia. Saya melukis menggunakan metafora pokok mati  bagi mengambarkan fanomena hutan terbakar  akibat dari pemanasan global. Pemanasan global pula terjadi akibat  dari tangan-tangan manusia.  Saya warna-warnikan hutan bagi membawa maksud perasaan manusia yang sukakan hiburan dan permainan. Mereka yang merosakan hutan seolah-olah seperti berhibur, bermain atau berpesta. Mereka-mereka yang rakus dan tamak dengan khazanah hutan tidak memperdulikan tentang kerosakan tangki oksigen tersebut. Sebaliknya mereka berpesta untuk memuaskan nafsu masing-masing.  Mereka bersubahat dengan penguatkuasa  untuk meratah dan merobek khazanah alam. 

Seterusnya saya mendapat idea pengolahan baru. Saya masih menggunakan pohon-pohon mati tetapi saya sulamkan dengan rentak dan irama. Saya rasa sangat kercewa dengan sikap manusia yang tamak menjarah alam. Namun sebagai insan kerdil tidak mampu saya mengubahnya. Saya hanya boleh alirkan perasaan kecewa saya secara berpuisi  dan juga meluahkan perasaan dalam karya visual. Kepedihan yang dirasai hanya dapat diubati dengan mengingati Allah. Melalui karya ini saya terjemahkan pohon mati menjadi rentak dan berirama.Saya cuba masukan konsep zikir oleh tumbuh-tumbuhan kedalam pokok yang saya lukis. Pokok-pokok tersebut saya gambarkan dengan ulangan garisan yang banyak seumpama kiasan berzikir. Pohon-pohon sangat taat berzikir sambil menyedut karbon yang dibebaskan kita dan mengeluarkan oksigen  untuk pernafasan dan kehidupan kita. Melalui rentak dan irama garisan berulang saya masukan sifat atau pun unsur tunduk dan menghormati. Sebenarnya unsur tunduk dan menghormati itu lah sifat yang paling mulia . Tetapi sebahagian dari manusia yang tamak enggan berbuat demikian. Sifat tersebut seolah-olah mati seperti imej pohon-pohon mati seperti dalam karya saya. Karya saya ini merupakan menefestasi terjemahan minda dan perasaan saya berserah diri kepada Allah. Saya hanya mampu menolak kemungkaran melalui hati sahaja. Walaupun itu yang paling lemah . Kerana saya tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk menghalang mereka-mereka yang memusnahkan alam.

 

Tari Rimba : Liuk 3. 2021. 46 x 56 cm. Akrilik diatas kanvas

Tari Rimba : Liuk 4.2021. 46 x 56 cm. Akrilik diatas kanvas


Tari Rimba : Liuk 6. 2021. 46 x 56 cm. Akrilik diatas kanvas


Tari Rimba : Al Quddus 4. 2021. 105 x 90 cm. Akrilik diatas kanvas


Tari Rimba : Liuk 5.2021. 46 x 56 cm. Akrilik diatas kanvas



Tari Rimba : Liuk 7. 2021. 145 x 95 cm. Akrilik diatas kanvas


Tari Rimba : Liuk 8. 2021. 145 x 115 cm. Akrilik diatas kanvas


Tari Rimba : Alhamdulillah 3. 2021. 160 x 120 cm. Akrilik diatas kanvas


Tari Rimba : Pusaran 1. 2021. 56  x 46 cm. Akrilik diatas kanvas



Tari Rimba : Tenaga Angin 2. 2021. 53 x 56 cm. Akriliuk diatas kanvas


Tari Rimba : Angin Dingin 1. 2021. 100 x 100 cm.Akrilik diatas kanvas


Tari Rimba : Bulan Pun Sembunyi 5.. 2021. 53 x 56 cm. Akrilik diatas kanvas






Thursday, May 14, 2020

1st online - SOLOexhibition - Zainon Abdullah

Karya-karya saya yang dihasilkan untuk pameran ini bertemakan alam semulajadi. Saya sangat tertarik dengan keunikan alam semulajadi kerana pelbagai fungsi yang Allah ciptakan. Selain menghasilkan  makanan, menghasilkan oksigen, alam semulajadi atau alam tabie juga berzikir. Oleh yang demikian saya cuba terjemahkan alam tabie menjadi sebuah karya yang berirama dan pergerakan. Irama dan pergerakan tersebut seolah-olah lantunan zikir alam yang adakalanya saya namakan puisi alam

Saya menghasilkan karya-karya ini dengan membiarkan peristiwa semasa yang saya lalui menterjemahkan minda dan emosi saya secara intuitif . Terjemahan intuitif tersebut mengawal emosi dan membentuk perbezaan karya. Karya yang bertajuk Puisi Alam 1, misalnya menggunakan emosi yang terkawal, namun karya selepas itu terutamanya  selepas saya ada face book, kesan emosinya menjadi lebih mendalam. Menjadikan karya saya lebih ekpresif, walaubagaimana pun saya masih dapat mengawal lagi emosi saya yang saya gabungkan prinsip seni barat dan melayu nusantara.

Walaupun ada karya-karya itu menjerit tetapi saya selikan dengan aturan timur, dimana  saya memasukan elemen jalinan rekaan pada pohoh-pohon untuk menjadikan rentak bersabar dalam segala ujian dan halangan kehidupan. Didalam nada ekpresif tersebut saya selitkan unsur kerumitan yang menandakan nilai kesabaran bagi menghadapi perjalanan kehidupan.

Karya melalui pameran ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu pertama bahagian lukisan dan puisi serta kedua  karya lukisan tanpa puisi. Sebenarnya saya pun tidak yakin sangat apakah bait-bait yang saya tulis layak di panggil puisi. ini adalah kerana saya hanya suka-suka berpuisi tetapi tidaklah mempunyai minat yang mendalam. Saya hanya cuba-cuba untuk menenangkan hati sewaktu remaja dan disambung hingga masa di itm pertengahan 80an.Kemudian sekali sekala ketika teringin berpuisi saya layan puisi. Walaubagaimanapun untuk karya lukisan dan puisi ini saya agak serius cuba menyusun bait-bait puisi. Biasanya saya nukilkan puisi selepas sesuatu karya itu disiapkan. karya tersebut menjadi inspirasi bait-bait puisi saya. Kadang-kadang ia tidaklah membawa makna secara total sesebuah lukisan, sebaliknya puisi tersebut adalah cerita persekitaran saya. Persekitaran studio saya yang saya bina taman tropika Jepun, persekitaran politik, persekitaran georafi, persekitaran pemanasan bumi, persekitaran dunia yang bercelaru dan persekitaran negara yang pelbagai telah menjadi latarbelakang puisi dan lukisan saya

Bahagian 1 ; Lukisan dan Puisi

Angin

Angin
Wajahmu tiada
Tiupanmu dingin
Mengusap fotosintesis
Dedaunan
Kau alihkan karbon
Dari kami
Lalu kau hembus oksijen
pada kami
Hingga kami 
Terasa sungguh nyaman


Puisi Alam 1. 2019. 220 x 158 cm. Acrylic on canvas

Senja yang luka

Pohon-pohon senja
Mereka sisakan asid pada mu
Hingga sesak nafasmu
Mereka hentikan zikirmu
Sedangkankan kau berterusan berzikir
sambil menapis karbon
untuk mereka
untuk nafas mereka
Tetapi mereka lupa
Mereka adalah engkau
Dan engkau adalah mereka

Puisi Alam  2. 148 x 148 cm. Akrilik.  2019 

Warta

Dulu di sisni
Diwartakan kawasan 
Tadadahan hujan
Kini telah menjadi
Padang jarak
Padang tekukur
Aku hairan
Mereka yang menjarakanya
Begitu mudah sekali
Mudahnya seperti 
Mencabut papan tanda
Yang diwartakan



Puisi Alam 5. 2019. 194.5 x 158 cm. Acrylic on canvas

Sungai itu

Sungai itu
Dulunya jernih
Kini telah kuning
Seperti teh susu
Siapakah yang mengeruhkanya
Barangkali
Tauke-tauke
dan juga
pembelot-pembelot
Bertalam dua muka



Puisi Alam 4. 2019. 105 x 60 cm. Acrylic on canvas

Bening fajar

Bening fajar sidiq
Menyapa ku
Sungguh lembut
Bisiknya
Sembahyang itu
Lebih baik dari tidur



Puisi Alam 3. 2019. 105 x 88 cm. Acrylic on canvas

Bumi menangis

Bumi kita menangis
Air mata darah
Kerana dijarah
Oleh penjarah-penjarah



Studi Puisi Alam 2. 2019. 38 x 38 cm. Akrilik.2019

Pepohon

Dan pepohon pun 
menangis teresak-esak
kerana dipaksa berhenti menganyam udara



Studi Puisi Alam 3. 42 x 29.5 cm. Akrilik diatas kertas. 2019


Di sini

Disini kami
Boleh lagi bersarapan
sambil mendengar 
kicauan burung
disini pembangunannya 
masih lagi lestari



Studi Puisi Alam 4. 2019. 42 x 29.5 cm. Akrilik diatas kertas.


Resah

Kita resah
Hingga rasa 
Sungguh malang
Tanpa kita sedari
Pagi ini kita masih lagi
Dapat menghirup
udara segar
Yang diberi
Secara percuma
Oleh Allah



Studi Puisi Alam 7. 2019. 42cm x 29.5 cm. Akrilik diatas kertas


Salam senja

Berapa lama kamu tinggal di sana
Satu hari
Berapa lama kamu tinggal disana
Sekerat hari
Atau sepagi
Berapa lama kamu tinggal disana
Sekelip mata
Paling lama kita tinggal disini
Jaraknya antara
Fajar sidik
Dan lembayung senja
Salam senja
Aku kan pulang menemui Mu




Studi Puisi Alam 8. 2019. 42 x 29.5 cm. Akrilik diatas kertas


Lampu malam

Allah tutup siang
Dengan malam
Lalu Allah buka
Lampu malam
Sungguh indah
Tanda kebesaranNya



Studi Puisi Alam 9. 2019. 42 x 29.5 cm. Akrilik diatas kertas


Kiswah Hitam

Sebentar lagi
Matahari merah
Kan pulang
Lalu malam
Menyambutnya
Dengan penuh santun
Dan menyelimutinya 
Dengan kiswah hitam
Hingga terlena
Dengan nyenyaknya
Hingga dinihari



Studi Puisi Alam 13. 2019. 42 x 29.5 cm. Akrilik diatas kertas


Risau

Risau hati ku risau
Yang kalah jadi abu
Yang menang jadi arang
Risau hati ku risau



Studi Puisi Alam 10. 2019. 42 x 29.5 cm. Akrilik diatas kertas


Penanangguk

Wahai penangguk
Di air yang keruh
Seronok kah engkau
Pabila bumi Malysia ini
Menjadi merah
Pohon-pohon tinggal ranting
Udara menjadi toksid
Kau laungkan semangat perang
Sudah bosankah engkau
Menghirup udara
Segar keamanan
Kau mahu jadi dubuk
Yang meratah daging keamanan



Suidi Puisi Alam 11.  2019. 42 x 29.5 cm. Akrilik diatas kertas


Wahai Penangguk

Wahai penangguk
Diair keruh
Hentikan semboyan
Perang mu
Jangan kau menjadi dubuk
Yang memakan
Daging keamanan
Lebih baik kau jadi lembu
Yang mana dagingnya
Memberi vitamin
Dan manfaat kepada
Manusia dan Malaysia



Studi Puisi Alam 12. 2019. 42 x 29.5 cm. Acrylic on paper


Tangan-tangan

Bumi menjadi makin panas
Kerana bahang
Api rakus
Tangan-tangan manusia
Bumi menjadi
Kabut jerebu
Mujur ada zikir
Pohon-pohon
Batu-batu
Binatang-binatang
Dan hamba Allah 
Yang soleh
Allau halau hujan
Untuk melenyapkan
Kabut jerebu



Studi Puisi Alam 14. 2019. 42 x 29.5 cm. Acrylic on paper

Tidak Terhitung

Tidak terhitung
Zikirnya dedaunan
Setia dan taat
Berterusan
Patuh pada
Yang Maha Esa




Studi siri Puisi Alam 15. 2019. 42 x 29.5 cm. Acrylic on paper

Zikir Alam

Apabila udara bergetar
Akibat lantunan
Zikir dari alam
Jantung kita pun
Turut bergetar
Mengegar
Menyambut tasbihNya
Dari zikir alam



Studi Puisi Alam 14. 2019. 42 x 29.5 cm. Acrylic on paper


Aroma taman bunga

Zikir dari alam
Bergema bergetaran
Dari perut bumi
Memenuhi ruang bumi
Sehingga ke langit
Dalam tidak sedar
Getaran gelombang itu
Menusuk qalbu
Menerusi jantung kita
Sehingga menjana
Tenaga segar aroma taman bunga



Studi Puisi Alam 18. 2019. 42 x 29.5 cm. Acrylic on paper

Permaidani Siang

Wahai Tuhan kami
Sungguh indah
Bumi mu
Dikala kau
Tarik selimut malam
Lalu kau hamparkan
Permaidani siang




Studi Puisi Alam 19. 2019. 42 x 29.5 cm. Acrylic on paper


Lembah Gersang

Siapakah yang menggarak
Awan ke lembah gersang
Siapakah yang menumbuhkan
Pohon-pohonan
Siapakah yang menuras karbon
Siapakah yang menyaringkan oksijen
Siapakah yang mewarnakan
Merah, oren, kehijauan



Studi Puisi Alam 20. 2019. 42 x 29.5 cm. Acrylic on paper

Air Tangan

Dan... apabila bumi
Menjadi merah
ia akan merekah
Lalu mengalir
Seperti sebuah sungai
Deras...
Dek....kerana dari
Air tangan
Tangan manusia




Studi Puisi Alam 24. 2019. 42 x 29.5 cm. Acrylic on paper

Bersih

Kita bangun bersama
Matahari
Sinarnya ceria
Udaranya bersih
Sudah tertapis
Hiruplah sepuas-puasnya
Tanpa perlu membayarnya
Secara tunai
Bayaranya
Cuma bersyukur
Cuma berterima kasih



Studi Puisi Alam 26. 2019. 42 x 29.5 cm. Acrylic on paper


Ratah

Kata mu
Tender terbuka
Tapi kau telah bela
Pegawainya
Katamu lagi
Menang, menang
Sama-sama makan
Kata mu lagi
Duit adalah raja
Bila kau dapat projek
Kau pun bermaharajalela
Kau tarah
Kau jarah
Dan kau ratah



Studi siri Puisi Alam 27. 2019. 42 x 29.5 cm.  Acrylic on paper


Seberkas kayu api

Sungguhpun sebahagian
Dari kamu 
Amat-amat tidak menyukai ku
Kau ratah bumi ku
Ku kan tetap berbakti hingga
Akhir jasadku
Ambilah aku 
Dan jadilah aku seberkas kayu api
Itu lebih baik dari meminta-minta
Apatah lagi
Meminta dari bawah meja




Studi Puisi Alam 21. 2019. 42 x 29.5 cm. Acrylic diatas kertas

Wahai hutan kami

Wahai hutan kami
Sudikah engkau menyimpan air
Untuk kami
Dan generasi 
Yang akan datang
Sedangkan
Sebahagian dari kami 
Amat-amat memusuhi mu

Studi siri Puisi Alam 20. 2019. 42 x 29.5 cm


Bumi demam

Badan bumi semakin panas
Demamnya menjadi-jadi
Kata bumi
Bawa aku pergi jumpa doktor
Kalau-kalau ada pil
Yang boleh
Melegakan demam



Studi Siri Puisi Alam 29. 2019. 42 x 29.5 cm. acrylic on paper

Semakin panas

Apabila tanah
Sudah tidak
Dapat menahan
Kesabaran api
Dan apabila api
Sudah tidak dapat
Menahan kesabaran angin
Maka maraklah ia
Semakin panas



Studi siri Puisi Alam 30. 2019. 42 x 29.5 cm. Acrylic on paper

Allah hantarkan

Allah hantarkan angin
Untuk tingkatkan iman
Allah hantarkan ribut
Untuk tingkatkan iman
Siapalah kita
Untuk menahan angin
Siapalah kita
Untuk menahan ribut
Apatah lagi angin dan ribut masyar



Studi siri Puisi Alam 31. 2019. 42 x 29.5 cm. Acrylic on paper

Kedatangan

Keindahan dan kecantikan dunia
Direntap oleh
Kedatangan angin deras
Keindahan dan kecantikan dunia
Direntap dengan 
Kedatangan angin sakratulmaut
Pujalah keindahan dan kecantikan dunia
Dengan iman dan taqwa



Studi siri Puisi Alam 32. 2019. 42 x 29.5 cm. Acrylic on paper

Pemanasan Global

Kata mu penuh kesedihan
Fanomena pemanasan global
Akibat dari ketamakan manusia
Mereka para kapitalis
Ketawa terbahak-bahak
Sambil mabuk-mabuk lagi
Kata mereka kalau ada duit
semua boleh jadi



Studi siri Puisi Alam 34. 2019. 42 x 29.5 cmm. Acrylic on paper

Tanah

Yang lainya tak mahu
Menerima manusia kembali
Berat tanggunjawab
Dan amanah katanya
Yang sudi 
Menerima manusia kembali
Hanyalah tanah




Studi siri Puisi Alam 35. 2019. 42 x 29.5. Acrylic on paper


Bersihkanlah

Bersihkanlah tanda hitam
Dan senjaluka dihati mu
Dengan air sembahyang



Studi siri Puisi Alam 36. 2019. 42 x 29.5 cm. Acrylic on paper

Engkau isteriku

Tatkala aku marah
Engkaulah penyejuknya
Tatkala kau marah
Akulah penyejuknya
Terima kasih Tuhan
Kerana Engkaulah
Yang memberi redho
kami mengawal
Laras suhu marah



Studi siri Puisi Alam 37. 2019. 42 x 29.5 cm. Acrylic on paper


Bahagian 2; Catan, lakaran dan studi



Studi siri Tari Rimba 1. 2020. 30 x 40 cm. Acrylic on canvas




Studi siri Tari Rimba 2. 2020. 30 x 40cm. Acrylic on canvas




Studi siri Tari Rimba 3. 2020. 30 x 40 cm. Acrylic on canvas




Studi siri Tari Rimba 4. 2020. 70 x 45 cm. Acrylic on canvas



Studi siri Tari Rimba 5. 2020. 70 x 45 cm. Acrylic on canvas



Studi siri Tari Rimba 6. 2020. 70 x 45 cm. Acrylic on canvas



Studi siri Tari Rimba 8. 2020. 70 x 45 cm. Acrylic on canvas





Tari Rimba. Seperti di serang garuda.2020. 70 x 70cm. acrylic on canvas



Tari Rimba, Hey kalau tiada angin bagaimana pokok bergoyang.2020. 70 x 70 cm. Acrylic on canvas

Tari Rimba 1.2020. 70 x 70 cm. Acrylic on canvas




Tari Rimba. Covid 19- Dunia seperti terjungkit. 2020. Acrylic on canvas



Tari Rimba, Mimpi ngeri Novela Corona. 2020. 70 x 70cm. Acrylic on canvas



Tari Rimba, terkurung. 2020. 70 x 70 cm. acrylic on canvas



Tari Rimba, ruang udara masih ada covid 19. 2020. 70 x 70 cm. Acrylic on canvas



Tari Rimba, Kesunyian dek corona. 2020. 38 x 38 cm. Acrylic on canvas



Tari Rimba, covid 19- ya Allah ampuni kami. 2020. 38 x38 cm. Acrylic on canvas



Tari Rimba, covid 19. Langit masih suram.2020. 38 x 38 cm. Acrylic on canvas




Tari Rimba, covid 19. Terbelenggu. 2020. 38 x 38 cm. Acrylic on canvas

Tari Rimba, covid 19. Tsunami senyap






Tari Rimba, covid 19. Bumi menjerit. 70 x 92 cm, acrylic on canvas



Tari Rimba, corona datang bersama pintu taubat. 2020. 134 x 109 cm. Acrylic on canvas




Tari Rimba, Angin covid 19- 1. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink on paper



Tari Rimba, angin covid 19 - 2. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink on paper



Tari Rimba, Angin covid 19 - 3. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink on paper



Tari Rimba, Angin covid 19 - 4. 2020. 42 x 29.5 Ink on paper



Tari Rimba, Angin covid 19 - 6. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink on paper



Tari Rimba, Angin covid 19 - 10. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink on Paper



Tari Rimba, Angin covid 19 - 16. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink on paper



Tari Rimba, Angin covid 19 - 15. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink on paper



Tari Rimba, Angin covid 19 - 14. 2020. 42 x 29.5. Ink on canvas



Tari Rimba, Angin covid 19 - 4. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink on paper



Tari Rimba, Angin covid 19 - 17. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink on paper



Tari Rimba , angin covid 19 - 12. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink on paper



Tari Rimba Angin covid 19 - 18. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink diatas kertas



Tari Rimba angin covid 19 - 19. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink on paper



Tari Rimba angin covid 19 - 20. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink on paper



Tari Rimba angin covid 19 - 28. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink on paper



Tari Rimba angin covid 19 - 26. 2020. 42 x 29.5 cn. Ink on paper



Tari Rimba angin covid 19 - 27. 2020. Ink on paper




Tari Rimba angin covid 19 - 26. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink on paper



Tari Rimba angin covid 19 - 39. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink on paper



Tari Rimba angin covid 19 - 37. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink on paper



Tari Rimba angin covid 19 - 35. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink on paper. 



Tari Rimba angin covid 19 - 34. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink on paper. 



Tari Rimba angin covid 19 - 33. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink on paper



Tari Rimba angin covid 19 - 32. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink on paper




Tari Rimba angin covid 19 - 31. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink on paper




Tari Rimba angin covid 19 - Sinar harapan 5. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink on paper



Tari Rimba angin covid 19 - sinar harapan 4. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink on paper



Tari Rimba angin covid 19 - sinar harapan 2. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink and  acrylic on paper



Tari Rimba angin covid 19 - sinar harapan 1. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink and acrylic on paper



Tari Rimba angin covid 19 - sinar harapan 7. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink and acrylic on paper



Tari Rimba angin covid 19 - sinar harapan 6. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink and acrylic  on paper



Tari Rimba angin covid 19 - sinar harapan 8. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink  and acrylic on paper




Tari Rimba angin covid 19 - sinar harapan 9. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink and acrylic  on paper





                                    Studi siri Tari Rimba 8. 2020. 70 x 45 cm. Acrylic on canvas



                                    Tari Rimba  covid 19 - sinar harapan 11. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink and acrylic  on paper


Tari Rimba  covid 19 - sinar harapan 10. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink and acrylic  on paper


Tari Rimba  covid 19 - sinar harapan 12. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink and acrylic  on paper


Tari Rimba  covid 19 - sinar harapan 13. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink and acrylic  on paper





Tari Rimba  covid 19 - sinar harapan 14. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink and acrylic  on paper 


 Tari Rimba  covid 19 - sinar harapan 15. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink and acrylic  on paper


Tari Rimba  covid 19 - sinar harapan 16. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink and acrylic  on paper


Tari Rimba  covid 19 - sinar harapan 17. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink and acrylic  on paper


Tari Rimba  covid 19 - sinar harapan 18. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink and acrylic  on paper


Tari Rimba  covid 19 - sinar harapan 19. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink and acrylic  on paper


Tari Rimba  covid 19 - sinar harapan 20. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink and acrylic  on paper


Tari Rimba  covid 19 - sinar harapan 21. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink and acrylic  on paper


Tari Rimba  covid 19 - sinar harapan 22. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink and acrylic  on paper


Tari Rimba  covid 19 - sinar harapan 23. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink and acrylic  on paper


Studi Tari Rimba . Normal Baharu 1. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink and acrylic  on paper


Studi Tari Rimba . Normal Baharu 2. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink and acrylic  on paper


Studi Tari Rimba . Normal Baharu 3. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink and acrylic  on paper


Studi Tari Rimba . Normal Baharu 4. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink and acrylic  on paper


Studi Tari Rimba . Normal Baharu 5. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink and acrylic  on paper


Studi Tari Rimba . Normal Baharu 6. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink and acrylic  on paper



Studi Tari Rimba . Normal Baharu 7. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink and acrylic  on paper


Studi Tari Rimba . Normal Baharu 8. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink and acrylic  on paper


Studi Tari Rimba . Normal Baharu 9. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink and acrylic  on paper


Studi Tari Rimba . Normal Baharu 10. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink and acrylic  on paper

Studi Tari Rimba . Normal Baharu 11. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink and acrylic  on paper


                  Studi Tari Rimba . Normal Baharu 12. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink and acrylic  on paper
 

                  Studi Tari Rimba . Normal Baharu 13. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink and acrylic  on paper


Studi Tari Rimba . Normal Baharu 20. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink and acrylic  on paper


Studi Tari Rimba . Normal Baharu 19. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink and acrylic  on paper





Studi Tari Rimba . Normal Baharu 17. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink and acrylic  on paper


Studi Tari Rimba . Normal Baharu 16. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink and acrylic  on paper

Studi Tari Rimba . Normal Baharu 14. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink and acrylic  on paper

Studi Tari Rimba . Normal Baharu 15. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink and acrylic  on paper



Studi Tari Rimba . Normal Baharu 45 . 2020. 42 x 29.5 cm. Ink and acrylic  on paper



Studi Tari Rimba . Normal Baharu 41 . 2020. 42 x 29.5 cm. Ink and acrylic  on paper


Studi Tari Rimba . Normal Baharu 42. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink and acrylic  on paper


Studi Tari Rimba . Normal Baharu 43. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink and acrylic  on paper



Studi Tari Rimba . Normal Baharu 18. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink and acrylic  on paper


Studi Tari Rimba . Normal Baharu 21 . 2020. 42 x 29.5 cm. Ink and acrylic  on paper


Studi Tari Rimba . Normal Baharu 22 . 2020. 42 x 29.5 cm. Ink and acrylic  on paper


Studi Tari Rimba . Normal Baharu 23 . 2020. 42 x 29.5 cm. Ink and acrylic  on paper


Studi Tari Rimba . Normal Baharu 24. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink and acrylic  on paper


Studi Tari Rimba . Normal Baharu 25. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink and acrylic  on paper


Studi Tari Rimba . Normal Baharu 26 . 2020. 42 x 29.5 cm. Ink and acrylic  on paper


Studi Tari Rimba . Normal Baharu 30 . 2020. 42 x 29.5 cm. Ink and acrylic  on paper


Studi Tari Rimba . Normal Baharu 28 . 2020. 42 x 29.5 cm. Ink and acrylic  on paper


                            Studi Tari Rimba . Normal Baharu 27. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink and acrylic  on paper



                           Studi Tari Rimba . Normal Baharu 31. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink and acrylic  on paper


                            Studi Tari Rimba . Normal Baharu 33. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink and acrylic  on paper


                            Studi Tari Rimba . Normal Baharu 32. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink and acrylic  on paper


                          Studi Tari Rimba . Normal Baharu 33. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink and acrylic  on paper



                        Studi Tari Rimba . Normal Baharu 34. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink and acrylic  on paper


                         Studi Tari Rimba . Normal Baharu 35. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink and acrylic  on paper

Studi Tari Rimba . Normal Baharu 36. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink and acrylic  on paper


                        Studi Tari Rimba . Normal Baharu 37. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink and acrylic  on paper


                        Studi Tari Rimba . Normal Baharu 38. 2020. 42 x 29.5 cm. Ink and acrylic  on paper