Tuesday, January 17, 2012

Hamidi Hadi : Studio Rumah Kedai Pintu Besi

Hamidi Hadi satu nama yang tidak asing lagi dalam persada seni visual tanah air, telah menghasilkan pameran persaorangan yang keempat bertajuk "Antara". Bertempat di galeri Wei ling Contemporary, di The Garden, Kuala lumpur. Beliau merupakan seorang artis dan pendidik yang mempraktiskan kerja studio bagi memantapkan skilnya dan perkembangan keilmuan untuk mengembangkan pengajarannya. Sebagai seorang artis beliau telah memberikan aura dan inspirasi kepada pelajar serta rakan. Sebaliknya sebagai seorang pendidik pula beliau bergerak kehadapan dengan membuat ekperimentasi dan penerokan baru bentuk estetika seni visual.

Karya 1 ini adalah ekperimentasi beliau terhadap bahan industri yang diolah dengan menggunakan teknik tuangan. Campuran warna dan polyresin di gabungkan untuk menghasilkan bentukan karya. Teknik tuangan beliau seperti teknik sapuan berus cina yang menampakan kesan takungan dan beningan warna. Namun begitu kelebihan saudara Hamidi ialah, dalam mengolah karya ini beliau telah menghasilkan teknik pandang dekat (close up) tersebut membuatkan karya beliau menjadi indah dari sudut estetikanya.

Bentuk karya ini seolah-olah beningan diwaktu fajar yang menyimpan misteri alam diwaktu kita masih terlena. Kesan beningan diatas kanvas berukuran 153 x 228 cm tersebut dikontraskan dengan beningan warna oren diatas unggu dan rupa putih. Kesan teknik basah diatas basah tersebut membentuk pembentukan warna oren seperti formasi lava gunung berapi. Karya ini seperti mengejutkan kita tentang tidur nyenyak di dunia fana ini namun bentukan aliran lava tersebut seperti ingatan yang Maha Esa terhadap kenyenyakan dunia.

Melihat dan menghayati karya ini teringatkan saya amaran dari Allah melalui surah Al Rahman ayat 37, yang bermaksud " Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah belah lalu menjadi ia merah mawar berkilat seperti minyak, dan ayat 38 Maka yang mana satu diantara nikmat-nikmat Tuhan kamu yang kamu hendak dustakan


Karya 1 : Something beautiful, 153 x 228 cm, 2011






Karya 2: Just let be, 243 x228 cm, 2011
Karya 2 ini aku lihat seolah-olah seperti hujan asid yang turun dengan lebatnya mencurah dimuka bumi yang meruap, kepanasan. Fanomena global warming yang kian memuncak diakhir-akhir ini seperti mengilhamkan Hamidi untuk menghasilkan karya ini, atau pun Hamidi mempunyai mesejnya yang tersendiri. Dari apa yang kami perbualkan Hamidi tertarik dengan bahan industri yang dijadikan bahan utama karyanya. Beliau mencampurkan warna industri dengan resin dan poly finish antaranya untuk menghasilkan ekperimentasi karya.
Namun begitu kemajuan teknologi dan industri yang sangat cepat dewasa ini telah menyebabkan dunia dan sistem ekologi menjadi tidak seimbang. Industri berlumba-lumba dengan teknologi sehingga membelakangkan sistem ekologi, sebenarnya akan mengundang kemusnahan.


Karya 3 : Gambar close up


Dalam karya 3 ini Hamidi, membekukan resin dengan menterbalikan karya sehingga titis hujan nampak secara sebenar dengan ketebalan hampir 1 inci. Curahan resin yang seolah-olah melekit tersebut juga mencerminkan apa akan terjadi kepada dunia suatu hari nanti, apabila pembangunan diantara nilai spiritual dan kerohanian tidak bergerak selari.
Karya ini mungkin mencerminkan kemusnahan alam melalui kitaran ekologi dimana tangan-tangan manusia yang mencipta kemajuan industri dan kemajuan teknologi yang tidak selari dengan pembangunan spiritual akan berdepan dengan kemusnahan alam itu sendiri. Namun kemusnahan alam itu bukanlah akan menimpa tangan-tangan mereka sahaja, bahkan kita sebagai penghuni alam pun akan turut merasai tempiasnya.

Karya 4: Untitled (living in artificial valley ii), 122 x 122 cm, 2010

Karya 4, tanpa tajuk ( kehidupan dilembah tiruan ii) ini adalah gambaran keresahan saudara Hamidi tehadap kehidupan dunia moden hari ini yang dipenuhi dengan gejala tiruan. Lembah tiruan bermaksud suasana dunia sementara yang dikejar sehinggakan kita terlupa dunia sebenar (alam kekal). Industri dan teknologi moden telah memudahkan kehidupan. Namun sifatnya yang mudah berkecai akan memudaratkan kehidupan. Pengembangan kehidupan moden yang memisahkan nilai spiritual seolah-olah seperti luahan saudara Hamidi terhadap fanomena masa kini. Sifat kucar kacir dalam sapuan dan renjisan karyanya seperti membuat kesimpulan tentang nilai-nilai pegangan hidup masa kini yang semakin berderai
Gambar dibawah : Studio Rumah Kedai Pintu Besi

Antara karya-karya lain